Wakil Umno Negeri Sembilan Datuk Jalaludin Alias berkata parti komponen Barisan Nasional (BN), Gerakan dan MCA mengetahui hanya Umno sahaja akan membela nasib kaum Cina dan bukannya pembangkang semasa membahaskan ucapan dasar presiden Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Menurut beliau lagi, kedua-dua parti tersebut lebih praktikal berbanding DAP yang tidak mengakui keistimewaan hak kaum bumiputera Melayu.
“Gerakan dan MCA mengetahui hanya Umno sahaja mampu membela nasib kaum Cina dan bukannya pembangkang.
“Berbanding DAP, kedua-dua parti tersebut lebih praktikal dan mengakui hak keistimewaan orang Melayu,” kata Jalaludin pagi ini.
Selain itu, wakil Umno Negeri Sembilan itu juga mengecam ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR)dengan mengatakan ideologi mereka tidak sehaluan dan berpecah-belah.
“Pedulikan tohmahan pembangkang, Anwar dengan janjinya, DAP dengan kesombongan dan perkaumannya dan PAS dengan ideologi sempitnya.
“Dan hari-ke hari pembangkang ini memualkan. Rakyat sudah pandai menilai yang mana satu baik,” tambah beliau.
Jalaludin kemudiaan mengarahkan kecamannya kepada DAP dan menuduh parti tersebut bukan sahaja tidak menghormati hak orang Melayu tetapi juga sering menghina agama Islam yang disifatkannya sebagai suatu sikap yang biadap.
“DAP secara terang-terangan menolak apa sahaja yang berasaskan kemelayuan dan keislaman dalan negara ini.
“Jelas MCA dan Gerakan lebih memahami kita dan tahu tentang sejarah dan kedudukan sebenar dalam negara ini. Saya amat yakin mereka menyedari tanpa Umno keadaan dalam negara yang aman tidak akan terjamin,” tambah beliau.
No comments:
Post a Comment