Perwakilan Umno dari Selangor hari ini mendakwa Pakatan Rakyat (PR) menjual harta milik kerajaan negeri, dalam perbahasan ucapan dasar presiden Perhimpunan Agung Umno ke 66 hari ini .
Abdul Shukur Idrus dari Umno Selayang yang mewakili negeri Selangor itu berkata, beberapa harta milik kerajaan negeri seperti SACC Mall, Menara PKNS di Petaling Jaya, Kompleks PKNS Bangi dan Shah Alam serta Wisma Yakin akan dijual oleh kerajaan pimpinan PR.
“Mereka bersungguh-sungguh untuk menjual aset kerajaan negeri.
“Harta negeri dijual tetapi tidak diganti. Jika kita hilang kuasa, kita hilang segalanya,” kata Abdul Shukur semasa membahaskan ucapan presiden pagi ini.
No comments:
Post a Comment