KL CHRONICLE: Doa Politik: Nik Razi & Nik Aziz, Adik Beradik Dayus

Wednesday, November 21, 2012

Doa Politik: Nik Razi & Nik Aziz, Adik Beradik Dayus


Selepas masyarakat umum dikejutkan dengan doa politik kepartian oleh PAS yang mendoakan kehancuran saudara seagama, sama seperti firaun dan Namrud dihancurkan oleh Allah s.w.t, kini tukang canang doa itu, Nik Razi Nik Mat jadi tak senang duduk dibuatnya.

Tiba-tiba sahaja Nik Razi meminta orang ramai menghentikan polemik dan spekulasi isu doa politik yang dibacanya selepas solat Hajat di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PAS di Kota Bharu beberapa hari lepas. 

Dalam kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian, katanya, isu tersebut sudah sampai ke kemuncaknya dan tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Ringkas kata, Nik Razi tidak mahu isu itu terus diperbesarkan.

Menurutnya lagi, "sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun."

Akhirnya selepas dengan sengaja mencuit kemarahan ramai, tersedar juga dari kebangangan sendiri. Tahu juga takut melihat reaksi spontan rakyat. 

Dayus rupanya, tak berani nak menegakkan 'kebenaran' doa yang dia sendiri bacakan tanpa hikmah dan langsung tidak mempunyai ciri nur dakwah itu.

Atau sebenarnya wujud tekanan dari pihak atasan PAS yang tidak senang melihat isu doa politik itu semakin hari semakin mencalar imej PAS sebagai sebuah parti politik yang didakwa membawa panji-panji Islam?

Pun begitu jika membuat kenyataan yang bunyinya semacam mengalah itu diharapkan akan membuatkan khalayak umum melupakan isu ini, tentu sekali tidak.

Khalayak ramai tidak lupa, sudah acapkali PAS mempergunakan agama, solat hajat serta doa-doa tertentu untuk tujuan membangkitkan sentimen keagamaan umat Islam untuk kepentingan politik kepartian PAS.

Sebelum ini, PAS melalui Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat yang juga adalah abang kepada Nik Razi pernah menggunakan taktik tidak berhikmah ini dengan membacakan doa supaya dipecahkan perut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Namun bila ia menyebabkan orang awam menjadi jelik dan meluat dengan gaya politik memperalatkan sentimen keagamaan itu dan kesannya semakin melebarkan jarak masyarakat umum dari PAS, akhirnya Nik Aziz dengan selambanya menafikannya. Dayus juga.

Dalam pada itu, disebalik kehangatan isu doa politik tiba-tiba pula Nik Aziz menafikan pernah menuduh UMNO telah murtad dari Islam. Katanya kepada Sinar Harian Online, berita yang menyebut beliau mendakwa UMNO telah murtad adalah fitnah rekaan sahaja.

Tabiat biasa Nik Aziz macam itulah, bila kenyataannya menjadi hangat dan mengundang kemarahan ramai, kalau dia tak putar belitkan jawapan pembelaannya untuk menegakkan benang basah, lain caranya dia akan tuduh media telah memfitnahnya.

Skrip sama sejak dulu hingga sekarang, tak pernah berubah. Malu hendak mengaku kesilapan hasil dari keegoaan sendiri. Sekarang penyakit menyalahkan orang lain di atas keceluparan mulut sendiri dah berjangkit pada adiknya.

Lengkaplah sudah kedua-dua manusia paling bongkak atas muka bumi ini sebagai adik beradik paling dayus, gemar mengata buruk pada orang lain tapi bila mendapat reaksi balas dan kecaman ramai, terus menggelupur sampai terbelit diri sendiri.  

4 comments:

Unknown said...


Doa hancur Umno demi selamatkan agama dan negara

Tok Janggut,

Pada mulanya tersentak juga penulis apabila membaca kenyataan beberapa pihak akan doa yang dibaca dalam solat hajat anjuran PAS di Kelantan baru-baru ini. Antara yang didoakan ialah minta agar Allah tumbang dan hancurkan Umno kerana kezaliman yang lakukan sudah sampai ke kemuncaknya tanpa boleh dinasihat atau sudah tidak nampak tanda-tanda yang Umno ini akan insaf dan kembali ke jalan Allah dan Rasul.

Tidak timbul PAS mendoakan kehancuran kepada saudara seagama denganya. PAS hanya berdoa terhadap orang yang zalim dan PAS adalah golongan yang dizalimi dan ditindas selama ini. Bukankah Nabi pernah bersabda “takutilah kamu akan doa orang yang dizalimi kerana doa mereka tidak ada hijab dengan Allah”. Hal ini bermakna jika kita dizalimi, kita boleh berdoa kepada Allah untuk dihancurkan golongan zalim itu demi untuk keamanan, keselamatan dan kemakmuran kita.

Islam tidak pernah membenarkan kita melakukan kezaliaman sesama sendiri hatta dengan orang bukan Islam pun kita dilarang melakukan kezaliman. Tetapi Umno tidak peduli semua itu, apatah lagi mereka sentiasa dibela dan dipertahankan oleh ulama upahan, puak mufti dan tok guru mereka sedangkan golongan agama mereka ini tidak pernah pun dilihat menegur Umno melakukan kezaliman dan penindasan terutamanya terhadap PAS dengan merampas royalti dan menafikan hak yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat yang meyokong PAS.

Dalam al-Quran Allah telah memberi amaran “Janganlah kamu cenderung kepada golongan yang zalim, kelak kamu akan disambar api neraka”. Ini bukan sahaja membuktikan bahawa bukan sahaja golong yang zalim akan ke neraka bahkan sesiapa yang cenderung, menyokong dan menjadi sebahagian daripada mereka juga akan disambar api neraka.

Zalim hendaklah dilihat daripada kaca mata Islam, bukan daripada kacamata parti atau menggunakan logik akal. Kazaliman yang paling besar dan nyata ialah apabila sesebuah kerajaan yang mengaku beragama Islam itu tidak melaksanakan syariat Allah sebagai undang-undang tertinggi negara malahan mereka mempersendakan, memperlekeh dan mempermain-mainkan pula syariat Allah itu.

Selain itu, kezaliman dalam menafikan hak rakyat atas alasan tidak menyokong kerajaan yang memerintah juga adalah satu kezaliman. Hal ini kerana apa-apa sahaja rezeki yang ada di muka bumi adalah milik Allah, bukan milik kerajaan yang memerintah. Antaranya menafikan hak royalti minyak yang sudah pun mempunyai perjanjian dan persetujuan bersama tetapi telah dikhianati atas dasar dendam dan iri hati. Dalam Islam, mungkir janji yang telah dibuat melalui lisan sahaja pun sudah dianggap melakukan kezaliman, apatah lagi yang telah pun dibuat perjanjian yang melibatkan hak sejumlah besar rakyat yang berhak ke atas royalti itu.

Bagaimana pula penafian dari segi peruntukan yang telah disahkan dalam undang-undang negara, menafikan hak mendapatkan biasiswa, tanah, rumah dan berbagai-bagai lagi. Semua itu termasuk dalam istilah zalim yang Allah janjikan neraka kepada mereka yang melakukanya. Tidak timbul isu berdoa seperti ajaran sesat atau tidak boleh berdoa untuk kehancuran terhadap saudara seagama kerana doa ini terpaksa dilakukan terhadap golongan yang sudah terlalu jauh sesat dan juga tidak mungkin mereka akan melakukan kezaliman jika mereka merasakan mereka itu adalah saudara seagama.

Apabila sudah banyak nasihat, teguran dan kritikan diberikan agar Umno kembali ke jalan Allah tetapi mereka tetap dengan kesombongan, bongkak dan dengan sikap takburnya, maka tiada jalan lain kecuali berdoa kepada Allah agar Umno ini tumbang dan hancurkan demi untuk menyelamatkan lebih 20 juta rakyat.

Anonymous said...

Cik gu pencen,
Apabila cik gu menunjukkan persetujuan dengan doa yang di ajukan oleh pihak PAS kepada Allah terhadap UMNO yang tentunya lebih 99% orang MELAYU beragama ISLAM, maka nyata sekali bahawa cik gu adalah seorang yang tidak rasional pemikirannya. Cik gu yang tidak rasional dan memberi hujah-hujah untuk menampilkan kezaliman(?)yang dilakukan oleh pemerintah yang sedia ada tanpa sumber yang sahih, hanya sekadar tuduhan rambang mengikut emosi nafsu serakah adalah amat tidak wajar sekali. Tunjukkan data-data yang sahih bilangan marhaen dari kalangan rakyat yang teraniaya, bukannya hanya satu atau dua contoh yang terpinggir, yang kata orang tua-tua terlepas pandang bukannya dibiarkan dengan sengaja. Apakah penganiayaan yang berlaku atas diri cik gu sendiri semasa berkhidmat telah membuat cik gu memendam dendam kesumat terhadap kerajaan khususnya kementerian pelajaran dan apakah kaitan UMNO dalam hal kerjaya cik gu? Pernahkah gaji cik gu di lewatkan sejam atau sehari atau seminggu semasa cikgu berkhidmat?
Jika hendak berhujah birlah dengan pemikiran yang rasional dan bukti yang kukuh bukannya 'hearsay' atau tanpa ilmu. Bukankah cik gu seorang cik gu? Seorang cik gu mesti berpengetahuan, rasional dan tiada berkata tanpa bukti sahih. Kasihan murid-murid yang belajar atau diajar cik gu. Kesan pembawaan dan ajaran cik gu akan dibawa hingga ke akhir hayat.
Kalau gambar terpapar adalah gambar cik gu, maka tentunya saya seorang guru pencen yang lebih tua(kerana ramai bekas murid telah bersara) merasa amat sedih di atas kaedah pemikiran yang nyata terlebih emosi dari rasional dan ternyatalah bahawa "tidak mengherankan jika murid hari ini walaupun berilmu tinggi tetapi kurang berakal disebabkan kaliber dan cara pemikiran guru-guru nya tidak seperti sewajarnya".
Untuk pengetahuan cik gu 'nobody or organistion is perfect. Not me, not you, not UMNO, not PAS, not PKR, not DAP nor any governments etc". The only perfect entity is ALLAH.

Seorang lagi guru pencen.

Bangwat said...

Anonymous @ Seorang lagi guru pencen : Nak kata bodoh @ tak cerdik, anda guru, tentu banyak ilmu termasuk yang diturunkan pada murid2. UMNO tu manusia ke? Dah kelabu mata sampai tak dapat bezakan antara satu dengan yang lain? Celiklah, jangan terlalu bergantung pada maklumat yang disampaikan oleh Utusan Malaysia, Berita Harian & TV3 yang semuanya pandai memutarbelitkan maklumat. Semoga anda diberi hidayah untuk dapat membezakan yang benar dengan palsu, Insya Allah.

Anonymous said...

Inilah akhlak pembangkang, mengeji menghina orang, harakah yg menipu membelit diakui oleh pemuda Pas x pula dikata memutar belit, malaysiakini yg melaporkan Izzah menyokong murtad utusan pula nak disaman, kalau memandu secara merbahaya apakah kereta shaja dlm bahaya tapi pemandu dan penumpang selamat..? Ulamak PAS yg jahatkah atau ulamak Kelantan yg jahat....?

Anak Guru Pencen.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget