Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim apabila tidak memaklumkan kepada Sultan Selangor berhubung sambutan malam kemerdekaan anjuran kerajaan negeri itu.
Sudahlah begitu, beliau mengundang pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menjadi tetamu utama dan menyampaikan ucapan. Kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang dan pemimpin parti, belum cukup untuk melayakkan beliau diberi penghormatan luar biasa. Seolah-olah kedudukan Anwar lebih besar daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Perkara seperti itu tidak pernah berlaku. Apa makna menjadi Menteri Besar jika tidak tahu protokol dan tidak mengutamakan sultan pada majlis seperti itu.
Tetapi Awang percaya apa yang berlaku sudah dirancang. Difahamkan, ada pihak yang telah mengingatkan kerajaan negeri tentang hal tersebut termasuk Anwar tidak layak dijemput tetapi tidak dihiraukan.
Awang tidak terkejut kerana PKR sememangnya makin terdesak untuk mempolitikkan apa sahaja.
Sehingga semalam, Khalid berdolak-dalik. Dari awal lagi penjelasan beliau tidak menyakinkan. Pada mulanya Khalid mempertahankan tindakan tidak memaklum kepada Sultan kerana mendakwa itu amalan biasa. Sedangkan pihak istana Selangor menegaskan, memaklumkan kepada Sultan adalah amalan biasa sebelum ini. Setelah mendapat bantahan banyak pihak, nada Khalid berubah pula dengan menyalahkan pihak lain.
Ada yang bertanya apakah Anwar yang mendesak Khalid agar beliau diberi ruang untuk hadir dan berucap, Awang tidak pasti.
Apa pun, Awang ucapkan tahniah kepada pasukan tentera dan polis yang segera menarik diri daripada majlis tersebut apabila mendapat tahu berlaku manipulasi. Ia adalah mesej yang sangat jelas untuk ditafsir oleh semua. — utusan.com.my
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
1 comment:
inilah tandanya puak2 pr pengkhianat ini mahu menjatuhkan intitusi raja2 donegara ini. kepada masyarakat melayu buka mata dan minda dan wajib menolak pr di dalam pru ke-13 akan datang.
Post a Comment