KL CHRONICLE: @mediaumno : KENYATAAN BALAS SAYA KEPADA PENIPUAN @nsurendrann

Monday, September 17, 2012

@mediaumno : KENYATAAN BALAS SAYA KEPADA PENIPUAN @nsurendrann

Hari ini, portal The Malaysian Insider telah mengeluarkan satu artikel yang bertajuk "Pakatan: Tangkapan ke atas mereka yang pijak gambar Nik Aziz, Guan Eng tidak ikhlas" . Suka saya disini untuk memberi beberapa penjelasan berkaitan kenyataan N Surendran ini yang pada pendapat saya sangat "childish" dan hanya bersifat untuk memperbodohkan rakyat di negara ini. 

Pertama sekali, ini adalah kenyataan Naib Presiden PKR tersebut:

Naib presiden PKR N Surendran berkata tangkapan itu dibuat selepas kementerian dalam negeri dan polis telah dikritik ke atas tindakan pantas ke atas sekumpulan anak muda yang memijak gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyambut ambang merdeka di Dataran Merdeka.
“Hanya kerana (menteri dalam negeri Datuk Seri) Hishamuddin (Hussein) dikritik teruk kerana orang ramai mengkritik polis yang berat sebelah ke atas mereka yang memijak gambar PM”, kata Surendran kepada The Malaysian Insider.
N Surendran nampak nya telah lupa, isu pelajar yang memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibongkar oleh blog - blog Pro Kerajaan dari Wilayah Persekutuan (UMB WP) . Antara blog pertama yang membongkar siapa perilaku tersebut berserta gambar ialah blogger Gossip Rakyat. Dari situ baru gambar pelajar tersebut went viral dan menjadi isu nasional. Dalam kes mereka yang pijak gambar TG Nik Aziz atau Guan Eng, blog - blog pro pembangkang tidak pun melakukan "independent investigation" untuk mengenal pasti siapa yang melakukan kerja tersebut. Oleh itu pihak polis harus melakukan siasatan from scratch dan dalam masa tiga minggu pesalah ditangkap. Apa yang N Surendran mengarut tangkapan itu tidak ikhlas?
Selain itu, N Surendran wajar tidak lupa. Parti yang mula - mula sekali melakukan perbuatan terkutuk memijak gambar pemimpin adalah parti DAP . Gembira untuk saya refresh semula memori N Surendran dengan gambar - gambar dibawah:
Lim Guan Eng memijak gambar ADUN Perak
Lim Kit Siang memijak gambar ADUN Perak

Adakah N Surendran akan bersetuju jika PRDRM mengambil tindakan keatas Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng? Jika beginilah kualiti Naib Presiden PKR saya rasakan BN dan UMNO mempunyai peluang yang cerah untuk pada PRU - 13 akan datang.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget