Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa kementeriaannya, melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mempunyai bukti bagi menuduh pertubuhan bukan kerajaan Suaram mempunyai kaitan dengan spekulator mata wang terkenal, George Soros.
Dalam kenyataan kepada Utusan, Ismail berkata dia memiliki dokumen dan e-mel antara kedua-dua pihak bagi menguatkan dakwaannya serta menggesa Bank Negara menyiasat mengikut Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
“Mengikut maklumat, NGO itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Soros berdasarkan dokumen dan e-mel (antara kedua-dua pihak),” katanya dalam Utusan.
Ismail juga berkata dia telah meminta Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan untuk menentukan status Suaram.
Dalam laporan Utusan satu muka surat hari ini, beberapa pihak daripada NGO yang rapat dengan kerajaan telah mengeluarkan kenyataan yang menggesa siasatan pantas diambil ke atas Suaram untuk mengelak daripada badan hak asasi manusia daripada terus memberi masalah kepada kerajaan.
Presiden Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim Muhammad Zahid Md Arip, dalam kenyataan kepada Utusan hari ini, mengganggap Suaram sebagai lidah rasmi kepada Pakatarn Rakyat (PR) terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana seling memutar-belitkan isu melibatkan kerajaan.
Zahid juga menuduh beberapa individu daripada PR yang mempunyai hubungkait dengan Suaram seperti Senator Dr Syed Husin Ali, Tian Chua (Ahli parlimen Batu) dan R. Sivarasa (Ahli parlimen Subang) dan menyifatkan mereka ini sebagai alat dan perkakas.
No comments:
Post a Comment