Awang terganggu dengan tuntutan keterlaluan pihak-pihak tertentu terutama Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) berhubung isu bahasa.
Persatuan itu mahukan bahasa Mandarin dijadikan pengantar utama di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).
Ia bermakna, bahasa Mandarin akan menjadi bahasa utama dalam sistem pendidikan negara, yang sudah tentunya bercanggah dengan dasar bahasa kebangsaan. Kewujudan SJKC yang tumbuh pesat di negara ini, sudah sepatutnya memadai, untuk apa lagi tuntut soal bahasa.
Naik rimas Awang. Setiap kali menjelang pilihan raya, pelbagai tuntutan dibuat termasuk yang tidak munasabah. Pilihan raya bukan alat untuk mengugut kerajaan. Persoalannya, apakah tuntutan-tuntutan itu wajar dilayan apatah lagi yang mencabar Perlembagaan Persekutuan dan asas kenegaraan?
Jawapan Awang, sudah tentu tidak. Semoga kerajaan tidak terperangkap dengan muslihat golongan tersebut. Kepentingan nasional mesti mengatasi kepentingan kelompok.
Awang juga angkat topi kepada pelbagai pihak antaranya Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Pergerakan Pemuda Umno dan Perkasa yang akan terus mempertahankan kedudukan bahasa kebangsaan.
Ketika negara-negara lain di dunia telah lama menerapkan satu sistem persekolahan dan makin komited mendaulatkan bahasa kebangsaan, mengapa kita harus berundur ke belakang? — Utusan Online
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment