Cadangan pemimpin MIC, Datuk Ramanan Ramakrishnan supaya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjalani ujian pembohongan (poligraf) sewajarnya disambut baik memandangkan itu antara caranya untuk mengetahui kebenaran kes moral yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Tika ini orang ramai khususnya penyokong DAP dari kalangan kaum wanita agak tersentuh hati mereka dengan dakwaan skandal Lim Guan Eng dengan seorang wanita muda yang bernama Ng Phaik Kheng.
Sukar untuk mereka menerima hakikat kelakuan curang seorang suami pada isterinya apatah lagi bila wanita yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng adalah pekerjanya sendiri.
Justeru itu, cadangan penggunaan mesin poligraf untuk mengesan siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong dalam kemelut isu moral ini amat molek disegerakan.
Sebagai pemimpin muda DAP yang meningkat naik dalam dunia politik hasil pertolongan 'tongkat ajaib' yang dimiliki ayahnya yang juga Penasihat DAP, sepatutnya Lim Guan Eng memiliki keberanian untuk menyahut cabaran tersebut.
Jika selama ini aura amalan nepotisme dan dinasti Lim yang kerap menjadi pelindung kepada kerjaya politiknya, mengapa tidak untuk pertama kalinya beliau menggunakan inisiatif dan fikiran sendiri untuk secara sukarela menjalani ujian poligraf itu.
Bagi memastikan ujian poligraf ini mencapai matlamat dan mampu menutup mulut pengkritiknya, disarankan kepada Lim Guan Eng untuk membawa bersama isteri beliau, Betty Chew yang juga merupakan wakil rakyat DAP bagi DUN Kota Laksamana, Melaka.
Turut disarankan menyertai ujian itu nanti ialah Ng Phaik Kheng, wanita 'malang' yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng.
Adalah lebih baik sekiranya ujian itu nanti dilaksanakan secara terbuka dan disaksikan oleh orang awam bagi membuktikan ketelusan dan memuaskan hati semua pihak.
Soal dari mana mahu dipinjam mesin tersebut tidak menjadi kerumitan kerana agensi-agensi penyiasatan tertentu pasti sahaja ada yang memilikinya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment