KL CHRONICLE: @mediaumno : BLOGGER @milosuam KANTOI ADA HUBUNGAN DENGAN...

Wednesday, July 11, 2012

@mediaumno : BLOGGER @milosuam KANTOI ADA HUBUNGAN DENGAN...

Setelah negara digemparkan dengan amukan samurai di Jabatan Perdana Menteri, kini blog-blog mula mempersoalkan tentang kaitan blogger pembangkang, terutamanya Milosuam dengan arwah Khalil.

Milosuam dikatakan blogger yang pertama memuatnaik video amukan tersebut dan kehadirannya di waktu dan tempat kejadian dengan siap sedia membawa kamera video amatlah mencurigakan. Lebih-lebih lagi apabila kedengaran percakapan telefon yang disyaki sebagai jurukamera sendiri, yang seolah-olah melaporkan kepada seseorang apabila arwah telah ditembak.

Melayari blog Milosuam selepas kejadian menambahkan lagi kecurigaan kita apabila beliau seolah-olah mencuba sedaya upaya untuk mengalihkan persepsi kononnya arwah Khalil adalah penyokong kerajaan berdasarkan hanya satu ayat di blog arwah yang memuji Tun Dr. Mahathir sebagai seorang berjiwa besar.

Sedangkan jika diteliti keseluruhan post arwah di blog beliau, mahupun kedua-dua akaun facebook beliau, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa arwah lebih cenderung kepada pembangkang. Lihat saja senarai perkara yang diminati seperti yang dinyatakan di facebook beliau:

"MRSM Pengkalan Chepa, Dr. Mahathir bin Mohamad, Lim Guan Eng, MiLo SuaM, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, Jomsedut.Org, Sultan Johor, Pertubuhan Kerabat Raja Jembal ( Wilayah Tengah), Harian Metro Online (HMO Blog), HarakahDaily Blog, Dr. MAZA for PM, Bersih 3.0 [Official ], Kami Benci Saiful Bukhari!, A. Samad Said, Aku sependapat dengan orang kat atas ni 100%, KELAB SAYANGI DYMM SULTAN SELANGOR, Sukatilah, Anak Johor Sayang Sultan, Aku-Macjay Blogspot, General Mahdi and the Last Generation Army, Blog Redzuan-Ridzand 7 more.."

Malah, blog Milosuam sendiri turut tersenarai. Justeru, mana mungkin Milosuam boleh mengelak mengatakan bahawa arwah adalah peminatnya.

Blog paperwaris kemudiannya mengaitkan Milosuam dengan seorang yang bernama Hambali Idris yang juga merupakan orang yang 'disayangi' oleh arwah. Ini adalah antara komen arwah kepada Hambali difacebooknya:


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

Anonymous said...

Kalau arwah ditembak dengan ubat pelali tentu banyak lagi maklumat asli diperolehi.."dead man tells no lies" cakaplah apa pun sekarang arwah tidak dapat membela diri atau berkongsi dengan kita apa hasrat sebenar beliau!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget