Suatu ketika dulu, isu sebegini kerap dipalitkan pada batang tubuh UMNO khususnya di era kegawatan emosi 1998. Antara tuduhan popular tika itu ialah pemimpin UMNO banyak mengkayakan kroni dan ahli keluarga sendiri. Tukang rintis mempopularkan isu pula tak lain tak bukan ialah Anwar Ibrahim.
Kebetulannya, tatkala Anwar menikmati puncak kuasa sewaktu bersama UMNO, dialah orangnya yang banyak mempelopori mencipta kekayaan untuk kroni melalui pemilikan saham percuma, jawatan penting parti dan kerajaan serta pembahagian kontrak termasuklah berjaya menjadikan abang kandung dan ayahnya jutawan segera dalam sekelip mata.
Kini, Anwar terus mengekalkan reputasinya sebagai pelopor kronisme dan nepotisme sekalipun sudah bertukar sikap menjadi pembangkang tegar. Parti yang di dukungnya, PKR lebih dikenali sebagai parti keluarga berbanding parti untuk rakyat. Anwar adalah Ketua Umum, isterinya Wan Azizah sebagai Presiden, anak perempuannya Nurul Izzah pula adalah Naib Presiden.
Dalam pada itu, PAS juga tidak lepas dari terjebak dengan masalah kroni dan nepotisme, saling tak tumpah dengan PKR. Ura-ura terbaru dari Kelantan menyebut, ramai pemimpin PAS sedang berusaha mengangkat anak Menteri Besar, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon pilihanraya bagi Parlimen Kubang Kerian.
Nik Abduh yang kini dikenali sebagai orang kaya baru di Kelantan juga pernah merasa empuknya kerus sebagai Ahli Majlis MPKB selama bertahun-tahun sebelum meletakkan jawatan kira-kira 3 tahun lalu.
Tika ini Nik Abduh adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua tahun lalu Nik Abduh pernah merasa penangan sepak terajang politik apabila terpelanting seketika selepas gagal merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan hasil permainan politik Husam Musa dan penyokongnya. Walau dari kem yang kelihatan sama tapi masing-masing ada fokus dan matlamatnya yang tersendiri.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment