Dakwaan 6:
Daftar pemilih SPR kotor kerana
mengandungi ramai pemilih yang didaftarkan di satu-satu alamat
Tanggapan
umum terhadap kajian MIMOS bahawa terdapat ramai pemilih yang berdaftar secara berkelompok
di satu-satu alamat adalah tidak tepat. Apa yang berlaku ialah pihak MIMOS
telah tersalah tafsir dengan menganggap pemilih yang mendaftar dalam suatu
kawasan Lokaliti yang sama sebagai pendaftaran di satu alamat yang sama. Hakikatnya
ialah apa yang dilakukan oleh SPR adalah untuk membolehkan mereka yang
mendaftar dapat ditentukan Daerah Mengundi dan Pusat Mengundinya. Untuk itu, SPR
menetapkan dasar dengan merangkumkan beberapa alamat pendaftaran tersebut di
dalam sebuah Lokaliti.
Dalam peta pilihan raya, Lokaliti adalah unit yang
terkecil yang mengandungi beberapa alamat, dan kemudiannya melalui beberapa Lokaliti
dibentuk menjadi Daerah Mengundi dan daripada beberapa Daerah Mengundi pula
terbentuknya bahagian pilihan raya DUN dan seterusnya menjadi bahagian pilihan
raya Parlimen.
Sebagai contoh, di Lokaliti
Kampung Melayu Majidee di Johor, yang telah dianggap sebagai satu alamat yang
mempunyai lebih daripada 100 pemilih, di Lokaliti berkenaan sebenarnya terdapat
berpuluh-puluh alamat lengkap dan yang tidak lengkap. Alamat-alamat tersebut
kemudiannya disatukan sebagai satu Lokaliti iaitu Lokaliti Kampung Melayu
Majidee. Hal ini telah disalah tafsir oleh MIMOS sebagai satu alamat, walhal ia
sebenarnya adalah merupakan satu Lokaliti dalam Daerah Mengundi.
No comments:
Post a Comment