Thursday, April 26, 2012

SPR MENJAWAB FITNAH PEMBANGKANG - PART 5


Dakwaan 5:

Masih ramai pemilih berusia lebih 100 tahun berada dalam daftar pemilih SPR


Pemotongan nama seseorang pemilih berdaftar hanya dapat dibuat atas dua sebab iaitu pertama, pemilih telah meninggal dunia mengikut pengesahan rekod di JPN dan kedua, pengesahan hilang kelayakan sebagai pengundi berdasarkan bukti pengesahan dari jabatan-jabatan yang berwajib. 

Justeru itu, walaupun umur seseorang pemilih itu telah  melangkaui 100 tahun, undang-undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sewenang-wenangnya atas anggapan bahawa  mereka mungkin telah meninggal dunia. Jikalau ada mana-mana pihak   yang mengetahui dan dapat membuktikan bahawa terdapat waris mereka yang telah meninggal dunia, SPR berharap mereka tampil ke JPN untuk mengemaskinikan rekod kematian waris berkenaan. Dalam soal pengesahan rekod kematian seseorang warganegara, SPR terpaksa bersandarkan kepada maklumat yang sahih daripada pihak JPN bagi mengelak penipuan atau sebagainya.  

No comments:

Post a Comment