Thursday, April 26, 2012

SPR MENJAWAB FITNAH PEMBANGKANG - PART 6


Dakwaan 6:    

Daftar pemilih SPR kotor kerana mengandungi ramai pemilih yang didaftarkan di satu-satu alamat

Tanggapan umum terhadap kajian MIMOS bahawa terdapat ramai pemilih yang berdaftar secara berkelompok di satu-satu alamat adalah tidak tepat. Apa yang berlaku ialah pihak MIMOS telah tersalah tafsir dengan menganggap pemilih yang mendaftar dalam suatu kawasan Lokaliti yang sama sebagai pendaftaran di satu alamat yang sama. Hakikatnya ialah apa yang dilakukan oleh SPR adalah untuk membolehkan mereka yang mendaftar dapat ditentukan Daerah Mengundi dan Pusat Mengundinya. Untuk itu, SPR menetapkan dasar dengan merangkumkan beberapa alamat pendaftaran tersebut di dalam sebuah Lokaliti. 

Dalam peta pilihan raya, Lokaliti adalah unit yang terkecil yang mengandungi beberapa alamat, dan kemudiannya melalui beberapa Lokaliti dibentuk menjadi Daerah Mengundi dan daripada beberapa Daerah Mengundi pula terbentuknya bahagian pilihan raya DUN dan seterusnya menjadi bahagian pilihan raya Parlimen.  

Sebagai contoh, di Lokaliti Kampung Melayu Majidee di Johor, yang telah dianggap sebagai satu alamat yang mempunyai lebih daripada 100 pemilih, di Lokaliti berkenaan sebenarnya terdapat berpuluh-puluh alamat lengkap dan yang tidak lengkap. Alamat-alamat tersebut kemudiannya disatukan sebagai satu Lokaliti iaitu Lokaliti Kampung Melayu Majidee. Hal ini telah disalah tafsir oleh MIMOS sebagai satu alamat, walhal ia sebenarnya adalah merupakan satu Lokaliti dalam Daerah Mengundi.

No comments:

Post a Comment