Wednesday, April 25, 2012

SPR MENJAWAB FITNAH PEMBANGKANG - PART 4


Dakwaan 4:

SPR telah mendaftar pemilih yang terdiri daripada warga asing yang telah mendapat taraf warganegara

Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak dan berhak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara ini.  Mereka yang bukan warganegara mustahil akan dapat mendaftar sebagai pengundi. Sesiapa sahaja warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas yang memohon untuk di daftarkan sebagai pemilih, permohonan mereka akan diproses sewajarnya melalui sistem komputer dan mengikut  tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah undang-undang. 

Justeru itu, tidak timbul persoalan tentang siapa atau  apa jua latar belakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk menjadi  pemilih kerana yang menjadi asas kelayakan ialah seseorang itu mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas serta memenuhi apa-apa syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah Perlembagaan.

No comments:

Post a Comment