PUTRAJAYA, 20 April — Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis semalam merasmikan Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kelas satu dengan kadar bayaran serendah RM3.
Perdana Menteri Najib: Membantu mengurangkan beban rakyat. — Foto fail Jack OoiMelaporkan Bernama Online, Perdana Menteri berkata dengan bayaran serendah itu rakyat dapat menikmati layanan serta perkhidmatan setaraf dengan kemudahan Wad Kelas Satu. Tegasnya perkhidmatan diharapkan dapat membantu mengurangkan beban rakyat.
"Untuk seorang yang bersalin di sini hanya RM3 sahaja dikenakan termasuk rawatan, bilik, ubat-ubatan dan makanan," memetik Bernama Online. "Ini merupakan kadar bayaran yang barangkali terbaik dunia.
"Kemudahan yang disediakan sangat bermutu tinggi, bilik yang bersih serta selesa dan bagi penjawat awam tiada bayaran yang dikenakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan pusat bersalin tersebut di sini.
Beliau berkata ia merupakan satu lagi perkhidmatan kesihatan yang baik disediakan kerajaan demi kepentingan rakyat untuk memperoleh rawatan sempurna dengan kadar bayaran sangat minima.
"Adalah menjadi harapan saya agar banyak lagi pusat seperti itu diwujudkan," katanya.
Dalam ucapan perasmian itu, Najib berharap pusat yang dilengkapi dengan kemudahan rawatan fototerapi serta klinik untuk perkhidmatan antenatal dan ginekologi mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan selesa kepada masyarakat.
Pusat itu juga, katanya, akan menempatkan pakar obstetrik, ginekologi dan pediatrik yang bertugas pada setiap hari bagi memastikan pesakit menerima rawatan yang berkualiti, profesional dan berkesan.
"Ia juga mampu memberikan keselesaan dan persekitaran yang kondusif kepada ibu-ibu kerana suami dibenarkan untuk menemani pasangan masing-masing selaras dengan konsep hospital mesra suami," katanya.
Pusat Bersalin itu mula beroperasi pada 30 Jan lepas di Presint 8, dengan menyediakan kemudahan kelahiran kes-kes bersalin berisiko rendah sahaja dan tidak terhad kepada penduduk Putrajaya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment