Suasana JOM Servis Motor Pemuda UMNO Seputeh |
Program telah dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Seputeh Datuk Mustapa Kamal. Datuk Mustapha menasihatkan para penduduk muda di Seputeh untuk menjaga dan menjauhkan diri dari aktiviti lumba haram yang hanya memudaratkan diri sendiri.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh Sdr. Razlan Rafii memulakan ucapan dengan menasihatkan anak muda untuk mendaftar sebagai pengundi kerana kuasa mengundi adalah sangat penting bagi orang Melayu.
Program 'Jom Servis Motosikal' ini bermula dari 9.00 pagi hingga ke 4.00 ptg. Program ini memberikan servis percuma kpd anak-anak muda yang mempunyai motosikal di sekitar kawasan Seputeh. Antara servis yang diberi adalah penukaran minyak hitam dan spark plug motosikal secara percuma.
Diharap lebih banyak program seperti ini dapat diadakan untuk merapatkan UMNO dengan anak-anak muda di sekitar kawasan parlimen seputeh pada masa akan datang.
1 comment:
Tahniah! Program yg memberansangkan!
Post a Comment