KL CHRONICLE: MAHFUZ OMAR, WHERE IS THE EVIDENCE?

Friday, March 2, 2012

MAHFUZ OMAR, WHERE IS THE EVIDENCE?

Bukti mana YB?
PAS Vice President, Mahfuz Omar is again talking nonsense. This good for nothing VP has accused the Ministry of Youth and Sports of having a clandestine operation in sponsoring RM 30 Million to Datuk Hassan Ali for his roadshows across the country. Albeit not enough of blindly accusing the government, this VP also has the guts to say that a department of the Youth and Sports Ministry called " Cawangan Pembangunan Strategik dan Urat Saraf" is involved in preparing for the coming general election. 

Since this accusation is very critical and puts the government in a bad position, i would like to challenge Mahfuz Omar to show proof when he said RM 30 million was used to fund Datuk Hassan Ali. Does Mahfuz Omar dare to show his evidence or whistle blowers? If he is not able to do this, please apologize to the government!

The accusation was taken from The Malaysian Insider below:

KUALA LUMPUR, 2 Mac — PAS hari ini mendakwa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menaja ceramah bekas Pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali kepada belia melalui peruntukan RM30 juta disalurkan melalui Cawangan Pembangunan Strategik dan Urat Saraf kementerian berkenaan.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata, pihaknya turut memperolehi maklumat bahawa KBS turut menggunakan cawangan berkenaan sebagai unit khas untuk menghadapi pilihan raya, sedangkan tiada peruntukan khas yang disalurkan kepada cawangan berkenaan, sebaliknya peruntukan diperolehi daripada unit-unit lain di dalam KBS.

"Kami mendapat maklumat bahawa sejumlah RM30 juta disalurkan kepada cawangan berkenaan bagi membiayai ceramah Dr Hasan Ali di seluruh negara, dan ini jelas melihatkan Umno Barisan Nasional (BN) menggunakan cawangan ini sebagai unit untuk melaksanakan tugas mereka meraih undi golongan muda sebagai persiapan menghadapi pilihan raya.

"PAS dengan ini menuntut penjelasan menteri berkenaan untuk memberi penjelasan keperluan mewujudkan unit khas ini," katanya yang menjelaskan, ketika pilihan raya di Sarawak, unit khas KBS ini berada selama tiga bulan di sana.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena ini lagi, keadaan itu jelas menunjukkan Umno BN menggunakan dana belia bagi tujuan politik.

"Kewujudan unit khas ini tidak pernah diperakui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sehubungan itu, kami mendesak satu audit keseluruhan dilaksanakan terhadap unit ini bagi melihat dari mana dan ke mana dana disalurkan, kerana unit ini tidak mendapat peruntukan khas untuk menjalankan aktiviti mereka," tegasnya ketika sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS di sini.

Mahfuz turut menuntut penjelasan KBS berhubung peruntukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada belia sebanyak RM10 juta, namun hanya RM2 juta yang disalurkan kepada belia, sedangkan baki RM8 juta tidak diketahui di salurkan ke mana.

"Kerajaan tidak menggunakan dana yang disalurkan kepada belia dengan berkesan. Saya menyokong peruntukan yang besar disalurkan kepada belia, tetapi kenyataannya hanya syarikat-syarikat kroni yang mendapat keuntungan daripada aktiviti-aktiviti seperti Himpunan Sejuta Belia dan sebagainya," katanya.

Jelas Mahfuz, penganjuran Himpunan Sejuta Belia pada tahun lalu, dan Himpunan Jutaan Belia yang bakal berlangsung Mei ini dilihat tidak memberikan manfaat sepenuhnya kepada belia.

"Himpunan Jutaan Belia dan Himpunan Sejuta Belia itu tidak memberikan manfaat, kecuali program bersifat karnival dan hiburan, sedangkan lebih baik sekiranya peruntukan jutaan ringgit itu disalurkan kepada persatuan belia kerana mereka lebih dekat dengan golongan berkenaan dan dari situ akan dapat melakukan aktiviti yang lebih berfaedah untuk generasi muda," katanya lagi.

1 comment:

nan said...

kalau apa yang orang kata tak betul, apa yang perlu dirisaukan, lainlah apa yang dikata ada kebenarannya, fikir-fikirkan lah wahai umat Muhammad, masyaAllah

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget