KL CHRONICLE: PAS, HUDUD DAN......

Monday, December 5, 2011

PAS, HUDUD DAN......


Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, M. Kulasegaran kerana telah mengesahkan kepada saya dan sahabat-sahabat bahawa Parti Islam Semalaysia  (PAS) selama ini hanya menipu orang melayu berkaitan isu hukum hudud dan Negara Islam.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh M. Kula semalam dalam laman twitter adalah seperti di bawah:

Buku Jingga oulines PR's framework and Hudud is not part of it - M. Kula
My favorite quote from Uncle Karpal - "Langkah mayat kami dulu" :)

Jadi saya pun pelik la sikit, PAS ni kejap kata Hudud tu adalah perjuangan mereka, tapi sekarang DAP kata Hudud x pernah ada dalam framework Pakatan Rakyat (PR), jadi mana satu yang betul? Tak kan lah ustaz-ustaz dan lebai-lebai dalam PAS kaki menipu, x mungkin kot..jadi untuk lebih memahami isu hudud, jom kita baca kenyataan rasmi dari Ketua Penerangan PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man:

1.   Parti Islam SeMalaysia  (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.Kenyataan pertama UMNO/BN dah lama dah buat, so minta maaf ye Tuan Ibrahim, korang lambat 54 tahun. Ada sebut nak implement hudud atau Negara Islam? Ok xde…xpe jom bace lagi..

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga. – So betul la M. Kula kata, PR Common Policy memang x da hudud, jadi PAS selama ni dok tipu kita ke? Ada sebut nak implement hudud atau Negara Islam? Ok xde…xpe jom bace lagi..

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.Negara berkebajikan? Alahai lambat lagi, UMNO/BN dah buat dah sejak 54 tahun yang lalu..lambat la korang nih. Ada sebut nak implement hudud? Negara Islam dah tuka Negara berkebajikan pulak. Ok xde…xpe jom bace lagi..

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan. – Diputuskan oleh Mahkamah Perundangan? Eh yakin pulak dengan system perundangan Malaysia, bukan korang dok kutuk ke ? So bila nak bagi mahkamah tentukan..sampai sekarang tak da pun apa-apa.. Ada sebut nak implement hudud? Ok xde…xpe jom bace lagi. He he..

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.  Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.Jadi, terbukti PAS dengan sendiri mengakui kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang hudud, jadi kenapa x implement? Bawa Enakmen berkenaan ke peringkat seterusnya? So bila? Lepas PRU Ke-13 ke?haish kena tipu lagi kita yop..

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
30 September 2011

Kesimpulan di sini, terbukti Hudud ni hanyalah mainan politik PAS untuk meraih undi, itu je modal yang ada sekarang, Negara Islam dah tukar Negara Berkebajikan, yang tu pun lambat 54 tahun..So?

Lu pikir lah sendiri….

Follow me on twitter - @kabir_akram

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget