KL CHRONICLE: #PRU14 : Lebih ramai 'panglima' @NajibRazak akan turun berentap #kltu #jbtu #kitaok

Friday, March 23, 2018

#PRU14 : Lebih ramai 'panglima' @NajibRazak akan turun berentap #kltu #jbtu #kitaok


Khabar mengenai muka baru, Isham Jalil yang merupakan lepasan pusat pengajian terkemuka dunia Universiti Harvard akan bertanding di DUN di Selangor juga kedengaran.

Isham yang merupakan pegawai khas Najib kini aktif mengupas isu-isu semasa terutamanya melibatkan negeri itu.



Beliau juga disebut-sebut sebagai antara calon menteri besar Selangor untuk BN apabila dilihat mampu menyaingi menteri besar sedia ada, Datuk Seri Azmin Ali ekoran faktor kredibiliti serta latar belakang pendidikan.

Sekiranya tiada halangan daripada Umno Selangor, Isham dikatakan akan bertanding di kawasan beliau membesar iaitu DUN Paya Jaras.
DUN Paya Jaras yang terletak bawah parlimen Subang kini disandang oleh Mohd Khairuddin Othman daripada PAS.

Pada pilihan raya umum yang lalu, PAS berjaya merampas kawasan yang menjadi 'kubu' BN selama dua penggal apabila Khairuddin mengalahkan Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dengan majoriti 5,522 undi.

Read Full Article:
https://m.malaysiakini.com/news/416899

2 comments:

Anonymous said...

Hebat nak berentap.. Panggil panglima kepit tu bubar parlimen cepat2 sket.. Jgn menyorok blakang kain.. kah kah kah

Unknown said...

Kepit pun kepitlah..... daripada si tua renta.... dulu si tua renta tu gak yang korang maki

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget