KL CHRONICLE: Sikap Buruk & Biadap @SinarOnline dikecam ahli akademik #Malaysia #Negaraku #KN

Saturday, March 24, 2018

Sikap Buruk & Biadap @SinarOnline dikecam ahli akademik #Malaysia #Negaraku #KN


Baru berkesempatan membaca komentar rakan-rakan sehubungan dengan isu yang dimainkan oleh para pentaksub Tun Dr Mahathir mengenai "keterkucilan" saya bila Tun Dr Mahathir datang menerjah Wacana Sinar Harian Ke-53, Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM.



Saya tidak faham mengapa video troll ke atas diri saya yang kononnya berubah muka jadi "macam kena telan ubat gegat" ekoran kedatangan Tun Dr Mahathir yang disebarkan oleh Kelab Che Det ini begitu mendapat sambutan sehingga telah mencapai 2.3 juta tontonan dan 61 ribu perkongsian sedangkan hakikatnya di dalam video itu sendiri pun masih kelihatan yang saya terus konsisten berhujah selepas Tun Dr Mahathir datang.

Walau apa pun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan mahupun pandangan dan teguran yang diberikan oleh semua pihak kepada saya yang, insya Allah, akan saya gunakan untuk memperbaiki diri saya di masa hadapan.

Saya sebenarnya sangat terbuka dengan sebarang pandangan dan teguran, khususnya ke atas aspek penyampaian lisan saya, malah bila dijemput berucap, saya sendiri selalunya akan memaklumkan terlebih dahulu mengenai kekurangpetahan saya dalam berpidato bagi mengelakkan kehampaan pihak penganjur dan penonton, dan hanya bila saya tetap dijemput juga barulah saya akan hadir.

Saya bukanlah lahir dari kalangan keluarga yang mempunyai kebolehan berpidato yang baik dan saya sendiri sebelum ini tidak berusaha untuk mengasah dan memperbaiki kemampuan berpidato saya kerana saya memang tiada sebarang impian untuk mengubah kerjaya ke kerjaya seperti ahli politik atau pakar motivasi yang memerlukan kemampuan berpidato yang baik.

Terima kasih khususnya kepada sokongan dari dunia akademik, termasuk:

1. Pengerusi Majlis Profesor Negara, DAN Datuk Dr Raduan Che Rose, yang menulis mengenai "hujahan (saya) yang baik dan well-researched" dan "next time stay cool, composed".

2. Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Mohamad Mustafa Ishak, yang menulis mengenai saya "presenting (my) argument based on facts", "Tun M should not make a come back" dan "the moderator was quite biased".

3. Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz yang menulis mengenai "(saya) orang yang hebat dalam bidang (saya)", "analisis (saya) padat" dan "analisis (saya) jelas dengan fakta yang ramai orang tidak mengerti".

2. Dr Muhaimin Sulam yang menulis mengenai "(saya) semacam dijadikan ahli gusti WWF yang dijadikan badut untuk dimalukan" dan "ternyata politik media yang dimainkan oleh Sinar Harian adalah sesuatu yang mengejutkan tetapi ia suatu yang tidak wajar".

5. Ahmad Farami Abdul Karim yang menulis mengenai "moderator tidak menunjukkan sikap tidak memihak", "dalam banyak situasi, beliau bersikap ofensif terhadap (saya) dan berhujah seperti panelis" dan "ada masanya (moderator) defensif seakan mewakili parti politik".

Terima kasih juga di atas sokongan dari dunia politik, termasuk:

1. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, yang menulis mengenai "seorang ahli akademik lazimnya bebas bercakap walau jarang menarik perhatian sesiapa tapi kali ini (saya) sangat berjaya mencuri perhatian", "ia satu kejayaan" dan "ternyata mesej (saya) sampai".

2. Ketua Penerangan PAS Malaysia, Nasruddin Hassan, yang menulis mengenai betapa, "walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan kiri dan kanan, namun (saya) masih berupaya menyampaikan pandangan dan hujah disokong dengan fakta yang kuat" dan "penghujahan yang diutarakan (saya) sahaja sudah cukup komprehensif dari segala segi dan selayaknya itulah laras yang perlu dibahaskan secara teliti".

3. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menulis mengenai "kepetahan saya berbicara tidaklah sehebat sebahagian penceramah yang hebat tetapi idea dan pandangan (saya) sangat bernas", "hujahan yang (saya) tampilkan dalam forum di Sinar Harian semalam sangat bernas dan akademik" dan "ia perlu dinilai menerusi neraca akademik bukannya neraca emosi".

4. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh6 Datuk Nik Abdul Aziz, yang menulis mengenai betapa "(beliau) berbangga dengan (saya) kerana pandangan-pandangan intelektual (saya) terhadap politik tanah air", "'ada ubi ada batas' adalah doa (saya) sebagai seorang yang rasa dipermainkan atau diperangkap oleh 'tuan rumah'" dan "(beliau) amin-kan 10 kali".

5. Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang menulis mengenai betapa "Tun patut mari awal lagi waktu (saya) sebut fakta-fakta bagaimana Tok Guru sebagai orang tua yang patut6 tak jadi Menteri Besar, nyanyuk dan lain-lain" dan "insya Allah kebenaran akhirnya akan tertegak walaupun ramai yang masih dalam lamunan mimpi".

Sekali lagi terima7 kasih saya ucapkan kepada semua di atas sokongan, pandangan dan teguran dari semua pihak kepada saya, baik yang berbuat demikian atas nama pertubuhan, termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan, mahupun atas nama individu.

  جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا


Dr Kamarul Zaman Yusoff

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Kikikiki

Anonymous said...

HaHaHaHaHa

Anonymous said...

MAMAK MATDEY MAHATAIK....HIDUP BERGELUMANG DENGAN TAIK BABI!!!!!

Anonymous said...

Dr Kamarul lebih berani , Chegubard tanya soalan Mahathir terus lari !!
on Saturday, March 24, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa - No Comments



Saya teringat ketika Che Gu Bard dtg mengejut ke dialog bersama Mahathir di UM.

Masa tu, bila dpt tahu Che Gu Bard datang, pegawai2 Mahathir halang wartawan masuk. Para peserta pulak diminta jgn rakam video.

Bila che Gu Bard bangun tanya soalan kpd Mahathir, Mahathir terus tinggalkan majlis. Mencicit-cicit lari.

Video ada di wall Che Gu Bard.

Prof Kamarul lebih berani la nampaknya.

Khalid Ismath





EKELEH......TAK ADA TELOR SI TUA RENTA NIH ROPENYE....!!!!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget