KL CHRONICLE: Sarawak Report muncul kembali dengan fitnah terbaru tentang projek #Battersea #FakeNews #ClareRewcastleBrown #YP

Friday, January 19, 2018

Sarawak Report muncul kembali dengan fitnah terbaru tentang projek #Battersea #FakeNews #ClareRewcastleBrown #YP


Portal "Fake News" nombor satu di dunia, Sarawak Report yang lama menyepi hari ini muncul kembali dengan satu fitnah yang maha dasyat dengan menerbitkan satu cerita khayalan bahawa Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan "bailout" projek  Battersea Power Station di United Kingdom. Projek Battersea ini merupakan satu projek berskala besar di UK yang dibangunkan oleh konglomerat Sime Darby dan SP Setia, dua syarikat gergasi dari Malaysia.




Lucunya Clare Rewcastle Brown, pemilik Sarawak Report ini entah dari mana mendapat fakta konon-nya akibat kos yang melambung tinggi KWSP dan PNB terpaksa bailout projek ini. Walhal cerita ini hanya merupakan cerita karut dan khayalan Clare Rewcastle Brown. Untuk pengetahuan pembaca, tidak ada pun bailout yang berlaku didalam projek Battersea ini. 

Seperti dalam semua perniagaan, lebih - lebih dalam "pension fund" serta "sovereign wealth fund" seperti KWSP dan PNB, syarikat ini terpaksa mencari pelaburan yang menguntungkan supaya pencarum (kita semua) mendapat pulangan dividen yang baik. Oleh sebab itu, KWSP dan PNB telah membuat keputusan untuk melabur didalam projek Battersea di UK ini. Lihat kenyataan media yang dikeluarkan oleh kedua - dua pihak:


Latar belakang editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown'


Mungkin ramai pembaca yang tidak mengenali Clare Rewcastle Brown. Beliau ini adalah wanita yang sama yang disaman oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi bin Awang kerana memfitnah Haji Hadi konon mereka wang sebanyak RM 90 juta dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Namun sehingga hari ini, Clare Rewcastle Brown gagal mengemukan bukti bagi mendokong kenyataan beliau.


Clare Rewcastle Brown juga boleh dikatakan merupakan antara "orang kuat" kem Top Dog Pakatan Harapan Dr. Mahathir Mohamad. Oleh itu kita tahu dengan jelas apa objektif Clare untuk menyerang PNB dan KWSP, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberikan persepsi buruk terhadap negara sekaligus mensabotaj ekonomi Malaysia. Ini adalah modus operandi yang sama yang dilakukan oleh pihak pembangkang.


Persoalanya sekarang, adakah kita mahu termakan dengan fitnah jijik yang dibawa oleh puak - puak ini? 

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget