KL CHRONICLE: Datuk Huan : Bila SPRM mahu ambil tindakan? #Penang #Negaraku #Malaysia

Sunday, November 12, 2017

Datuk Huan : Bila SPRM mahu ambil tindakan? #Penang #Negaraku #Malaysia


*Bila SPRM mahu ambil tindakan keatas pihak yang terlibat dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang?*

1. Pada 21 Julai 2017 yang lalu, Parti Cinta Malaysia (PCM) telah membuat laporan dan menyerahkan bukti berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dalam laporan tersebut, PCM menggesa SPRM menyiasat sama ada wujud unsur penipuan atau penyelewengan dalam pembidaan projek terowong dasar laut itu.

Sumber : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/21/pcm-buat-laporan-polis/



2. Sebelum itu, pada 17 Julai 2017 PCM telah membuat laporan polis di Pulau Pinang dan meminta polis menyiasat dakwaan kerajaan Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan, ketika membida projek terowong dasar laut tersebut. Namun apa yang mengecewakan adalah sehingga hari ini, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak SPRM mahupun PDRM terhadap laporan yang telah dibuat.

3. Lebih mengejutkan, semalam antara syarikat konglomerat terbesar negara iaitu Mudajaya Group Berhad mengumumkan bahawa mereka menarik diri dari kontrak RM 810 juta yang diberikan kepada mereka oleh syarikat yang mendapat kontrak terowong dasar laut dari kerajaan DAP Pulau Pinang. Alasan yang diberikan oleh Mudajaya Group Berhad untuk menarik diri adalah kerana:

*_a_* :  Ketidaktentuan dalam pengambil alihan kawasan projek (uncertainties in site possession) 

*_b_*: Ketidaktentuan dalam proses menandatangani kontrak pembinaan (uncertainties in signing of the construction contract). 

Lebih buruk lagi, menurut Mudajaya Group Berhad maklumat terhadap projek juga sangat minima (information provided for the project has not been sufficient). Atas tiga sebab berikut, syarikat gergasi Mudajaya Group Berhad menarik diri dari projek ini.

Sumber : http://www.theedgemarkets.com/article/mudajaya-withdraws-rm810m-penang-job-over-uncertainties-project

4. Alasan yang diberikan oleh Mudajaya Group Berhad seperti di atas dengan jelas menunjukkan keseluruhan projek terowong dasar laut yang dibawa oleh kerajaan DAP Pulau Pinang ini merupakan satu projek yang tidak "feasible' sehingga syarikat - syarikat yang mendapat sebahagian kontrak dari projek ini juga sudah mula menarik diri. Ini membuktikan dengan jelas bahawa Mudajaya Group Berhad juga tidak yakin dengan kebolehan kerajaan negeri Pulau Pinang memastikan projek terowong dasar laut dan jalan - jalan yang sepatutnya dibina sebagai sokongan kepada projek terowong ini menjadi kenyataan.

5. Atas sebab diatas, saya sekali lagi mendesak pihak SPRM supaya menjadi lebih agresif dalam melakukan siasatan terhadap keseluruhan projek terowong dasar laut Pulau Pinang seperti yang telah saya laporkan pada bulan Julai 2017. Jika syarikat konglomerat seperti Mudajaya Group Berhad juga sudah mula menarik diri, ini membuktikan projek ini mempunyai masalah yang kronik yang wajar disiasat.

Terima Kasih.

*_Datuk Huan Cheng Guan_*
*_Timbalan Presiden_*
*_Parti Cinta Malaysia_*

1 comment:

pak alresky said...

ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
>>>>>TOTO TOGEL 2D 3D 4D KLIK DISINI <<<<<
DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL















Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget