KL CHRONICLE: 7 remaja ditahan bakar sekolah tahfiz kerana tak puas hati diejek #Negaraku #Malaysia

Saturday, September 16, 2017

7 remaja ditahan bakar sekolah tahfiz kerana tak puas hati diejek #Negaraku #Malaysia



Polis hari ini mengesahkan kebakaran yang meragut 23 pelajar dan guru di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Khamis lalu berpunca daripada dendam akibat perselisihan faham antara pelajar sekolah tahfiz itu dengan sekumpulan remaja.


Susulan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, 7 suspek berusia 11 hingga 16 tahun ditahan pada jam 6 petang semalam hingga 2.30 pagi tadi.

Beliau berkata, kumpulan suspek itu mendakwa mereka diejek beberapa pelajar sekolah tahfiz itu beberapa hari sebelum kebakaran berlaku.

Katanya, disebabkan tidak berpuas hati, mereka berpakat menceroboh pusat tahfiz itu dengan motif untuk membakar sekolah itu bagi tujuan membalas dendam.

Amar Singh berkata, hasil ujian air kencing menunjukkan 6 daripada suspek itu positif dadah jenis ganja, manakala 2 daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kami merampas beberapa baju dipakai remaja itu ketika membakar sekolah itu dan topi keledar mereka,” katanya pada sidang media malam ini.

Beliau berkata, kumpulan suspek itu membeli sebotol petrol dari stesen minyak dan mencuri 2 tong gas dari kiosk berhampiran, sebelum membawanya dari tingkat bawah ke tingkat 3 sekolah tahfiz itu.

Mereka semua ditahan reman selama 7 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api atau bahan letupan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget