KL CHRONICLE: Annina : Saya bukan keldai, lembu atau anjing kepada sesiapa #Negaraku #Malaysia

Sunday, September 17, 2017

Annina : Saya bukan keldai, lembu atau anjing kepada sesiapa #Negaraku #Malaysia



Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BUNGA) dan salah seorang naib presidennya mengumumkan peletakan jawatannya daripada pertubuhan semalam.



Dengan alasan bahawa mereka kecewa dengan barisan kepimpinan parti, namun akan terus "bercakap benar walaupun tidak disukai orang lain".

"Walaupun hari ini kata-kata saya tidak disukai oleh Tun sendiri, saya akan terus bersuara untuk kepentingan rakyat, dan bukan untuk kepentingan mana-mana individu," katanya.

Seorang lagi yang meletak jawatan ialah bekas exco Perak, Datuk Hamidah Osman.

Peletakan jawatan itu diumukkan Setiausaha Agung BUNGA Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Memetik kata - kata Annina :

"Setiap keputusan parti perlulah mengambil kira semua suara semua ahli dan bukannya secara unilateral daripada pemimpin atasan semata-mata.

"Tiada individu yang patut mencatur perjalanan parti dan memberi imuniti kepada mana-mana individu untuk terus menekan, mencantas dan menikam belakang sesiapa saja dalam membina laluan ke depan," katanya.

"Saya bukan keldai. lembu atau anjing kepada sesiapa. Sebaliknya saya ialah seorang wanita, ibu dan marhaen yang berdiri mewakili golongan marhaen untuk kepentingan marhaen," katanya.

Ketika ini kata Anina BUNGA sudah tidak lagi menepati prinsip perjuangan yang diasaskannya.

BUNGA, katanya, adalah parti yang mencatur kepentingan politik individu tertentu dan dihantui dasar kronisme walaupun pada asalnya ia ditubuhkan untuk membela kepentingan rakyat.

"BUNGA kini tidak lagi mendukung prinsip keadilan, ketelusan dan integriti dalam pentadbiran parti.

"Fitnah dijadikan asas membuat keputusan dan secara tidak langsung ia dihalalkan untuk kepentingan politik yang kononnya demi rakyat.

"Parti ini ditadbir dengan buruk namun berselindung di sebalik nama negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Hah! Baru padan muka! 22 tahun membina Empayar Keluarga. Menara Kembar dan PLUS pun adalah dari putar belit jual beli untuk kroni kekayaan zaman berzaman. Belum lagi Proton dan Litar Sepang.

Bila Rakyat dapat BRIM baru terasa juboq tertusuk duri. RM30 billion mana mau cari ganti.

Anonymous said...

FOREX meruntuhkan Pembangkang khususnya Madey yg dah jdi Liability kpd pembangkang..

Anonymous said...

ramai lagi akan tinggalkan PPBM dan kembali kpd UMNO spabila mereka dapati
Madey mula tak dipercayai dek isu Forex dan kehebatan PM Najib semakin menyerlah dan
cemerlang sbg PM yg dikagumi diperingkat global..selain itu segala tuduhan pembangkang terhadap Najib dan kerajaan dibuktikan fitnah semata2..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget