KL CHRONICLE: @VellPaari : #Bajet2017 antara yang terbaik untuk rakyat

Friday, October 21, 2016

@VellPaari : #Bajet2017 antara yang terbaik untuk rakyat


1. Sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah membentangkan Bajet 2017 yang  bertemakan *'Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat,*'. Setelah diteliti segala perincian didalam pembentangan tersebut telah terbukti ianya adalah yang terbaik untuk rakyat. 




2. Bajet 2017 memperlihatkan komitmen kerajaan dalam menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan bertanggungjawab demi menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat berada pada tahap terbaik. Bajet yang komprehensif ini akan memastikan setiap janji kerajaan kepada rakyat sentiasa dipenuhi. 

3. Pertama sekali, keputusan kerajaan untuk mengekalkan peratusan Goods and Services Tax (GST) pada kadar 6% merupakan satu tindakan yang baik. Ini sekaligus membuktikan bahawa kenyataan pihak pembangkang bahawa GST akan naik ke 8% adalah fitnah semata - mata. 

4. Kedua, keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada isi rumah dalam senarai e-kasih dan berpendapatan bulanan dibawah RM 3,000 kepada RM 1,200 dari RM 1,050 dan RM 1,000 sudah pastinya satu perkara yang sangat baik. Malah BR1M bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 telah dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

5. Ini kerana apabila BR1M dinaikkan, rakyat akan mempunyai lebihan wang sampingan untuk dibelanjakan untuk keluarga masing - masing. Ini merupakan satu "direct assistance" dari kerajaan kepada "target groups" yang memerlukan bantuan. 

6. Sejak 2009 pembangkang dan penyokong mereka kata Malaysia akan bankrap di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Hakikatnya, setiap tahun kerajaan dapat naikkan pemberian BR1M dari  RM500 pada 2012 sehingga RM RM 1,200 pada tahun ini, dan kriteria layak menerima BR1M telah diperluaskan agar lebih ramai yang mendapat manfaat. 
Malah, menerusi agensi penarafan Fitch, terkini Malaysia diberi penarafan A- ,  sama dengan negara yang ekonominya lebih besar dan maju daripada negara kita seperti Korea, China, Taiwan A dan Jepun.

7. Ketiga, komitmen Perdana Menteri dan kerajaan dalam membantu dan memperkasakan masyarakat berbangsa India di negara ini amat dihargai. Antara intipati penting bagi masyarakat India dalam Bajet 2017 adalah seperti berikut:

a) _Pengumuman bantuan dengan dana sebanyak RM 50 juta untuk membaik pulih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil_

b) _RM50 juta program peningkatan kapasiti dan pndapatan, dan RM 150 juta untuk program pmbiayaan perniagaan TEKUN & Amanah Ikhtiar Malaysia_

c) _Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SJKT, Kerajaan akan memperluaskan program pra-sekolah kepada 50 sekolah dengan peruntukan RM10 juta_

8.Komitmen kerajaan dalam menjaga masyarakat India membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan masyarakat India seperti yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Mereka (pihak pembangkang) hanya tahu bercakap kosong tetapi tidak pernah melakukan apa - apa yang signifikan untuk membantu masyarakat India di negara ini. 

9. Konklusinya, saya secara peribadi berpendapat bajet 2017 yang diumumkan Perdana Menteri sebentar tadi merupakan antara bajet yang terbaik pernah dibuat. Malah bajet yang dibuat ini merupakan satu bajet yang inklusif melibatkan semua agama, bangsa dan kaum di negara ini sejajar dengan motto "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang dibawa oleh Perdana Menteri.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget