KL CHRONICLE: Nik Abduh : Sikap Ahli Parlimen Pakatan Harapan Tidak Profesional

Saturday, October 22, 2016

Nik Abduh : Sikap Ahli Parlimen Pakatan Harapan Tidak Profesional


KENYATAAN KHAS

Ahli parlimen perlu lebih profesional ketika berada di dewan persidangan. Tuan Yang Di Pertua Dewan telah berusaha bersungguh-sungguh membawa penambahbaikan dalam perjalanan Dewan agar lebih mulia dan dihormati.




Pembentangan bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk PM berucap membentangkan bajet. Tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan beliau yang penting itu walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang.

Masa untuk Ahli Parlimen membahas dan menghujah bajet adalah selepas ini. Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua ahli parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional yang hujungnya mematikan masa dan peluang ahli-ahli parlimen yang di giliran akhir mengambil bahagian perbahasan dengan sempurna.

PAS sentiasa mempromosi kesederhanaan dan menyeru rakyat untuk melakukan perubahan dan pembaikan dalam negara dengan cara yang lebih harmoni dan sejahtera. Itulah nikmat kebebasan yang harus digunakan.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget