KL CHRONICLE: Fakta tentang #LRT3 yang perlu anda tahu Cc @MyRapidKL @AzmiAziz60

Tuesday, August 23, 2016

Fakta tentang #LRT3 yang perlu anda tahu Cc @MyRapidKL @AzmiAziz60



Setelah kerajaan selesai membina jajaran LRT2, kini pentadbiran Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Najib Tun Abdul Razak akan memulakan Fasa - 3 iaitu #LRT3 dari Bandar Utama ke Johan Setia, sepanjang 37 kilometer, melibatkan 26 buah stesen dan akan membantu 74,000 pengguna untuk ke destinasi mereka. Projek #LRT3 ini merupakan satu lagi komitmen Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui RapidKL untuk memastikan penduduk di Kuala Lumpur & Selangor mempunyai kemudahan pengangkutan awam darat yang terbaik sama seperti negara - negara maju yang lain di dunia. 



What you should know: Five integrated stations

Along the LRT3 alignment, 5 integrated stations are designed to provide a more convenient travel and better connectivity to passengers, offering easy interchange with the existing rail system: 

• Station 1: Integration with MRT Bandar Utama
• Station 7: Integration with Kelana Jaya Line 
• Station 10: Integration with BRT Federal Line
• Station 13: Integration with BRT Federal Line 

• Station 20: Integration with KTM Komuter Port Klang Line

Ini bermakna, laluan LRT3 ini akan mempunyai stesen integrasi dengan perkhidmatan rel lain iaitu MRT, LRT Kelana Jaya Line, BRT dan juga KTM Komuter. Ini akan membuat perjalanan pengguna menjadi "seamless" dan lebih mudah lagi. 

Bagi kami di #KLChronicle, usaha Kerajaan Barisan Nasional dan RapidKL ini membuktikan bahawa kerajaan sangat prihatin akan keluhan dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat. Jika dilihat dari Jajaran #LRT3 ini, sebenarnya kerajaan menunaikan permintaan penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang yang sudah lama mahukan perkhidmatan rel di kawasan mereka. dan akhirnya Perdana Menteri mendengar dan menunaikan permintaan ini walaupun di negeri pembangkang. Siapa kata PM Najib Razak tidak mendengar denyut nadi rakyat?

kepada syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan barisan kepimpinan yang diterajui oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz tahniah kerana diberi amanah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak untuk mengetuai projek LRT3 ini. Melihat kejayaan projek LRT2, kami di #KLChronicle yakin Datuk Azmi Abdul Aziz akan memastikan projek LRT3 ini siap on schedule, on time and with quality. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget