KL CHRONICLE: @VellPaari : @cmlimguaneng tidak harus heret rakyat #Penang dalam isu kes rasuah beliau

Wednesday, July 20, 2016

@VellPaari : @cmlimguaneng tidak harus heret rakyat #Penang dalam isu kes rasuah beliau


KENYATAAN MEDIA
DATO SRI S.VELL PAARI
BENDAHARI
MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak seharusnya mengheret rakyat Pulau Pinang yang tidak bersalah dalam isu kes rasuah beliau. Ini berikutan terdapat ura - ura mengatakan bahawa Lim Guan Eng akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan mengadakan pilihanraya negeri tidak lama lagi. Beliau baru sahaja menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang sebentar tadi. 



Secara peribadi, saya melihat *tindakan Lim Guan Eng ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri*. Dari segi undang - undang, tidak ada keperluan untuk Lim Guan Eng membubarkan DUN kerana tempoh akhir DUN Pulau Pinang adalah pada tahun 2018. 

Antara sebab yang diberikan oleh DAP bagi membubarkan DUN dan dipetik oleh media adalah kononnya untuk Lim Guan Eng mendapatkan mandat baru dari rakyat Pulau Pinang. Persoalanya mandat baru untuk apa?

Ini kerana walaupun katakan parti DAP menang 100% kerusi di DUN Pulau Pinang dan Lim Guan Eng sekali lagi dipilih menjadi Ketua Menteri, kes rasuah beliau di mahkamah tetap berjalan seperti biasa. *Mandat baru dari rakyat tidak akan menyebabkan kes rasuah beliau digugurkan oleh mahkamah*

Perlu diingatkan Lim Guan Eng disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 (berkaitan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran). Perkara ini merupakan tuduhan rasmi terhadap seorang individu dan bukan rakyat Pulau Pinang secara keseluruhanya. 

Konklusinya, Lim Guan Eng tidak perlulah mengheret rakyat Pulau Pinang dalam permainan politik jijik beliau. Seharusnya beliau kurangkan permainan politik dan beri lebih fokus kepada pentadbiran kerajaan negeri yang kini huru hara dengan isu banjir di Teluk Bahang dan penutupan kilang oleh syarikat gergasi yang menyebabkan ribuan rakyat Pulau Pinang kehilangan pekerjaan.

- TAMAT -

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget