KL CHRONICLE: SPAD Tidak Akan Bertoleransi Pegawai & Anggota Terlibat Rasuah Cc @SPADChannel

Sunday, March 27, 2016

SPAD Tidak Akan Bertoleransi Pegawai & Anggota Terlibat Rasuah Cc @SPADChannel




Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan menegaskan bahawa Suruhanjaya tersebut tidak akan bertoleransi dengan mana - mana pegawai serta anggota yang terlibat dalam kes rasuah. Kenyataan ini dikeluarkan susulan penangkapan anggota SPAD oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di KLIA 1 dan KLIA 2 baru-baru ini.





Dalam insiden tersebut,  5 anggota SPAD dan seorang anggota JPJ serta 3 pemandu teksi yang terlibat dalam kes ini telah ditahan dan siasatan telah dijalankan. Hasil siasatan mendapati bahawa anggota SPAD dan JPJ ini menerima suapan antara  RM 600-RM 720 seminggu untuk membenarkan pemandu teksi yang tiada permit mengambil penumpang di KLIA 1 dan KLIA 2. 

Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan media yang dikeluarkan oleh SPAD ini adalah wajar dan tepat pada masanya. Ini kerana, sebagai sebuah suruhanjaya dibawah Jabatan Perdana Menteri, SPAD seharusnya mempamerkan integriti yang tinggi sejajar dengan amalan - amalan biasa kerajaan. Syabas sekali lagi kepada SPAD kerana tegas dalam isu rasuah dikalangan pegawai serta anggota mereka. 

Kenyataan media SPAD boleh dibaca di bawah:



1 comment:

S.A.Hamid said...

Jangan cakap ja. Cuba siasat di jalan jalan raya berapa banyak lori lebih muatan sehingga menyusahkan pemandu lain.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget