KL CHRONICLE: @MohdBadrulEzan : Masalah Pemimpin, Salah UMNO atau Rakyat ?

Sunday, March 27, 2016

@MohdBadrulEzan : Masalah Pemimpin, Salah UMNO atau Rakyat ?

Siapa salah? UMNO ke Rakyat?

Sejak akhir-akhir ini, pemimpin UMNO kita teruk diperlekehkan dan dikecam oleh rakyat atas banyak sebab. Pemimpin kita dicemuh, dihina, dilebalkan sebagai korupsi, salah guna kuasa, pecah amanah, keruntuhan moral dan sebagainya. Dan kita berdiri teguh dengan lantang mempertahankan pemimpin kita atas alasan pemimpin kita harus dipertahankan demi survival party. Kita marah rakyat kerana memperlecehkan dan menghina pemimpin kita.



Tapi ini semua salah siapa? Salah rakyat ker atau salah kita pemimpin akar umbi UMNO sendiri? Sepatutnya kita yg kene kecam. Sepatutnya rakyat balun kita pemimpin akar umbi UMNO nie. Kerana kita yang membiarkan pemimpin-pemimpin ini bermahajalela.

Kita kena ingat, amanah dan tanggungjawab rakyat disandarkan kepada kita. Memang betul rakyat pilih ahli parlimen. Tapi kita pemimpin akar umbi UMNO nie yang pilih Pemimpin-Pemimpin Negara. Jadi yang patut kene balun nie sapa? Rakyat ker? Najib sorang jer ker?

Presiden macam nak mampus la mempertahankan diri dan parti. Tapi kita buat apa? Kita biar pemimpin-pemimpin kita buli Presiden kita. Kita biar hantu raya malaun nie dok jadi Pemimpin Nasional Bahagian dan Cawangan. Dok jadik pemimpin sayap Nasional Bahagian dan Cawangan.

Kita lak dok syok join balun No. 1 pastuh kata yang pemimpin bawah nie nakal sikit2 jer.

Wahai rakyat jelata semua, ketahuilah bahawasanya kebanyakan orang UMNO nie baik hati belaka. Org UMNO nie, baik hati sangat. Pikir selalu "tak pe, nnti Allah balas. Tak kat dunia, akhirat nnti". Takpun "takpe, kita tunggu pemilihan akan datang".

Alooooooo pak cik mak cik, kak long abang long, adik oiiiiiii, itu kalau sempat pemilihan. Kalau pilihanraya dulu, mangkuk berayun yg mengaku bijak pandai dgn degree berjela2 walaupun abis stakat SPM jer, taik dadah, taik arak, taik judi, kaki pompuan kaki jantan, penyamun nie la yang akan songlap duit piliharaya. Abis camne nak menang. Sekarang pun dah buat camtuh, pilihanraya nnti jadik hari raya la buat diorang.

Memang betul banyak pemimpin yang baik-baik dalam UMNO nie dan hanya segelintir jer yg mcm tuh, tapi yg segelinter nie lah yang menjahanamkan parti kita. Yg segelintir nie la yg first skali lari kalau parti kita kalah nnti.

Abis apa kita nak buat? 

Nak buat apa lagi. Kita kene buang pemimpin-pemimpin mcm nie. Simpan buat apa, kalau simpan sampai pilihanraya, ingat ada ker rakyat nak undi kita.

Abis nak buat camne? 

Buang jer diorang nie sebelum pilihanraya. Apsal tak boleh pulak? Oooooo kita sebuk-sebuk suruh No. 1 letak jawatan la, pecat la, undi tak percaya la, repot polis, report SPRM, file saman semua boleh. Bila tang pemimpin-pemimpin yang kat tengah dan bawah tak boleh pulak.

Oooooo kita kena patuh kepada pemimpin yerrrrrr. Tak leh lawan yer.

"Wahai Umar, kalau engkau melakukan kesalahan maka akan kami tegur dengan pedang ini".

Apa jawapan Umar?, 

"Sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah SWT diberikan penduduk yang sanggup membetulkan Umar sekiranya ia melakukan kesalahan".

Pikir lah wahai pemimpin-pemimpin akar umbi UMNO semua. Pikir lah. Ingatlah amanah dan tanggungjawab yang rakyat berikan. Buat lah. Buat lah segera. Kalau tak berani buat, tak cukup kuat iman dihati, berentilah jadi pemimpin UMNO. Jadi rakyat biasa jer. Sekurang-kurangnya di akhirat nnti tak ler dipertanggungjawabkan kelak. Tapi jgn lupe tolong UMNO dengan undi BN.

Kita kena berani mengatakan yang hak. Kita kena berani memperjuangkan yang betul. Pasal kita kena ingat yang satu nie jer. Kita buat untuk sapa? KITA BUAT UNTUK RAKYAT. KITA BUAT KERANA ALLAH SWT.

Bangun lah. Sedar lah. Buat lah cepat sebelum semuanya terlambat.

Nie mesyuarat UMNO peringkat cawangan dah bermula, pandai2 la kita semua buat apa yang patut. Tak kan itu pun nak kene ajar. Kalau itu pun nak kene ajar, baik berenti jer la kita semua2.

Mohd Badrul Ezan adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

2 comments:

Kabus Ibra said...

cakap berdegar degar .. mau berbuih mulut dibuatnya..
pusing sana sini, putar itu ini ..
yang jelas dari semua bla bla itu..
bijan tak salah, orang lain juga yang salah ...apa kah isu 1MDB salah ketua bahagian? Apakah isu 2.6 billion salah ketua cawangan?? apakah isu SRC disebabkan oleh sayap Pemuda dan isu 42 juta pula diakibatkan dari perbuatan sayap wanita??? apakah pemecatan muhyiddin, shafie dan mukhriz disebabkan oleh kerenah sayap puteri??

INGATLAH ..kali ini rakyat pasti akan mengajar UMNO dalam PRU 14 kerana mempertahankan BIJAN .. umno bukan lagi berjuang demi agama, bangsa dan tanah air !!!

pilihlah sama ada mahu tenggelam bersama sama sama BIJAN atau mahu menyelamatkan umno !!

Unknown said...

nenek kau bijan

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget