KL CHRONICLE: Selamat Maju Jaya Kepada Datuk @Akaprawi #MisiJeddah #SriGading

Saturday, February 20, 2016

Selamat Maju Jaya Kepada Datuk @Akaprawi #MisiJeddah #SriGading


Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi telah berlepas ke Riyadh, Arab Saudi bagi berbincang dengan kerajaan Arab Saudi tentang peluang bagi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menjadi operator lapangan terbang King AbdulAziz International Airport, Jeddah.



Ini membuktikan bahawa kerajaan Arab Saudi yang merupakan salah satu sekutu rapat kerajaan Barisan Nasional mengiktiraf kebolehan anak Malaysia di peringkat antarabangsa. Malah ini juga membuktikan kerajaan Arab Saudi juga yakin dengan pentadbiran Datuk Seri Haji Najib Tun Razak dalam mentadbir kerajaan Barisan Nasional. 

Umum ketahui bahawa MAHB merupakan sebuah anak syarikat kerajaan (GLC) dan dibawah pentadbiran kerajaan BN MAHB telah melebarkan sayap mereka ke seluruh dunia dengan menjadi operator lapangan terbang di Turkey dan India.

Sebagai rakyat Malaysia marilah bersama-sama kita berdoa agar MAHB berjaya dalam bidaan untuk mengendalikan KAIA ini. Doa kita semua dipanjatkan demi kejayaan negara tercinta Malaysia di persada dunia

#DoaMalaysia #MisiJeddah

Sumber : Misi Jeddah

https://www.facebook.com/AbAzizKaprawi/posts/931795523541575

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget