KL CHRONICLE: Surat Terbuka buat @khalednordin dari ahli akar umbi UMNO Cc @NajibRazak

Monday, November 30, 2015

Surat Terbuka buat @khalednordin dari ahli akar umbi UMNO Cc @NajibRazak


Hari ini adalah 30 November 2015 hari istimewa buat insan bernama Mohamed Khaled Bin Nordin kerana hari ini genaplah usia beliau 57 tahun. Adalah lebih istimewa pada ulangtahun kelahiran beliau ini, beliau masih lagi bergelar YAB Dato' Khaled Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.



Dalam mengharungi badai perjuangan dan bibit-bibit krisis kepimpinan UMNO, beliau sebagai pemimpin negeri yang merupakan tiang seri UMNO perlu bijak menongkah badai. Bekas Timbalan Perdana Menteri yang digugurkan dari kabinet dan masih merupakan Timbalan Presiden UMNO berasal dari Johor. Tentulah sentimen kenegerian menjadi permainan pihak2 berkepentingan. Ditambah pula dengan campur-tangan istana yang terus membunuh persepsi ke atas pucuk pimpinan Parti.

Di peringkat pusat, semua pihak yang bertanggungjawab berusaha sedaya upaya selesaikan masalah yang menggusarkan keyakinan rakyat terhadap parti termasuk isu 1MDB, GST, kenaikan harga tol dan sumbangan dana politik. Mutakhir ini dilihat pihak 1MDB melalui Presiden & Ketua Eksekutifnya, Arul Kanda berupaya menjawab segala persoalan dan menangkis segala tuduhan yang dilemparkan. Beliau mampu menjawab dengan detail beserta bukti dan justifikasi berasas. Ini membuatkan rakyat semakin sedar dan faham.

Adalah disarankan supaya YAB MB Johor menjemput saudara Arul untuk memberi penerangan kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Johor, Ketua-ketua UMNO Bahagian dan ahli jawatankuasa Bahagian untuk mendengar dan bersoal jawab dengan saudara Arul. Diharap segala kekeliruan dapat dileraikan dan segala buruk sangka ahli akar umbi terhadap pucuk pimpinan akan terpadam

Saya rasa tidak mustahil YAB MB tidak mampu melakukannya kerana telah terbukti YAB mampu menganjurkan program penerangan oleh YABhg Tun Dr Mahathir di dalam kawasan Pasir Gudang. Saya rasa tak salah dianjurkan program penerangan bersama Arul di Johor Bahru demi kestabilan dan keutuhan parti keramat UMNO yang lahirnya di Istana Besar Johor.

1 comment:

Rahim Satria said...

Faham...tapi tetap tidak undi BN.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget