KL CHRONICLE: PKR Sepang minta RoS siasat kesahihan perwakilan ke kongres parti #PKR #Penipu

Monday, November 30, 2015

PKR Sepang minta RoS siasat kesahihan perwakilan ke kongres parti #PKR #Penipu

Pengerusi Tetap Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Sepang, Arffain Mohamed mendakwa kehadiran perwakilan 10 ahli yang mewakili cabangnya adalah tidak sah memandangkan beliau sendiri membatalkan mesyuarat agung cabang yang diadakan di Kuala Langat pada 19 September lepas berikutan masalah pembentangan laporan kewangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 November, 2015.

Pengerusi Tetap Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Sepang, Arffain Mohamed meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menyiasat kesahihan 10 ahli yang mewakili cabangnya ke Kongres Nasional ke-11 parti itu yang berakhir semalam.

Arffain mendakwa kehadiran perwakilan itu adalah tidak sah memandangkan beliau sendiri membatalkan mesyuarat agung cabang yang diadakan di Kuala Langat pada 19 September lepas berikutan masalah pembentangan laporan kewangan.




Menurutnya, pembatalan itu dibuat mengikut perlembagaan parti apabila pemeriksa kira-kira tidak mahu menurunkan tandatangan ke atas laporan kewangan tersebut selepas bendahari gagal menyediakan dokumen sokongan termasuk buku cek, penyata bank dan resit pembelian.

"Selepas memerintah supaya mesyuarat cabang diadakan semula, beliau mendakwa diusir keluar oleh beberapa ahli jawatankuasa PKR Sepang dan timbalannya mengambil alih tugas mempengerusi mesyuarat," katanya selepas menghantar memorandum kepada RoS, di Putrajaya hari ini.
Arffain mendakwa mesyuarat cabang itu dijalankan dalam keadaan tidak sah dan kehadiran perwakilan cabang Sepang ke Kongres Nasional PKR juga adalah tidak sah. – Bernama, 30 November, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget