KL CHRONICLE: 32 Fakta Berkaitan Rombakan Kabinet Hari Ini

Tuesday, July 28, 2015

32 Fakta Berkaitan Rombakan Kabinet Hari Ini


1. TSMY tidak dipecat seperti Anwar, tetapi digantikan secara demokratik dgn pemimpin baharu. 



2. TSMY kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO (buat masa ini) dan sy percaya akan kekal hingga Persidangan Agung UMNO (PAU).

3. Fokus kini ialah memperkasakan UMNO (empowering) kerana tunjang kpd kerajaan persekutuan sekarang ialah UMNO. 

4. Fokus UMNO pula ialah mengembalikan sokongan rakyat, yang mana ketika ini mengalami krisis yg teruk kerana kepimpinan PM dilihat lemah dan bermasalah di pelbagai peringkat. 

5. Bagi mengatasi masalah ini, PM perlu berundur atau diundurkan sebagai PM dan sebagai Presiden parti.

6. Pengunduran seorang PM boleh berlaku melalui pelbagai kaedah, sama ada secara paksaan atau sukarela. 

7. Namun, strategist UMNO melihat bahawa kaedah paling demokratik ialah melalui saluran UMNO itu sendiri, di mana Presiden parti (yg juga ialah PM), berundur atau diundurkan.

8. Masa yg paling sesuai utk melaksanakan strategi ini adalah ketika Persidangan Agung UMNO (PAU) berlangsung. Hal ini pernah dilakukan oleh Tun M tetapi 'digagalkan' oleh pengampu-pengampu beliau. 

9. Bagi menjayakan strategi ini, perlu ada gerakan yg mencetuskan gelombang dan ia sudah pasti akan dikemudi oleh TSMY. 
10. Dalam garis masa yg betul, kita akan melihat strategi-strategi ini dilaksanakan secara penuh demokratik.

Kenapa PM tidak letak jawatan/berundur hari ini tetapi buat rombakan?

11. Letak jawatan ketika isu 1MDB tengah hangat bukan langkah yg tepat sebaliknya hanya memenangkan pihak musuh.

12. PM perlu kekal sehingga isu 1MDB diselesaikan. PAC, task force, Audit, SPRM dan lain-lain badan yg menjalankan siasatan dijangka akan menyelesaikannya menjelang Disember ini. PM berulang kali menegaskan supaya diberikan masa sehingga siasatan selesai. He is a man with honour. 

13. Dlm amalan demokrasi berperlembagaan spt di Malaysia, seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibukitkan bersalah. Begitu juga halnya dengan PM. Siapa kita nak hukum dia bersalah ketika siasatan sedang berjalan? 

14. PM perlu membetulkan tanggapan salah rakyat Malaysia terhadap beliau dan keluarganya kerana jika tidak diperbetulkan ketika sedang berkuasa, tanggapan-tanggapan ini akan kekal walaupun beliau sudah tidak lagi menjadi PM. Sebagai manusia, ini hak beliau yg tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. 

15. Rombakan ini sedikit sebanyak akn membetulkan beberapa tanggapan terhadap beliau yg tidak tepat seperti kenyataan yg menuduh beliau tidak mendapat sokongan daripada pasukannya sendiri dan kononnya beliau tidak berani mengambil tindakan (membuat rombakan). 

16. Tun M pernah menyebut, jika beliau ialah PM, beliau akan memecat menteri-menteri yg tidak menyokongnya. Dan sekarang Najib melakukannya. Secara demokratik, adakah ia salah?

Empowering UMNO

17. Ini adalah gerakan yg bagus kpd UMNO menjelang PRU14. 

18. Jika strategi di atas berjaya, rakyat akan kembali menaruh keyakinan terhadap UMNO.

19. Sebahagian besar rakyat sudah tidak percaya lagi bahawa pembangkang mampu membetulkan kelemahan kerajaan. Malah, dlm banyak keadaan, pembangkang itu sendiri jauh lebih lemah dan bermasalah berbanding kerajaan. 

20. Dlm garis masa yg betul, rakyat akan melihat bahawa hanya pemimpin UMNO (empat peringkat) yg berupaya membetulkan kelemahan pucuk pimpinan parti sekaligus negara.

Kenapa TSMY direhatkan?

21. Terdapat isu yg sedang berlegar sekarang membabitkan TSMY iaitu kegagalan projek 1BestariNet dan juga isu-isu penyelewengan lain. 

22. PAC, seperti dakwaan yg sedang berlegar, menyimpulkan bahawa projek 1BestariNet sudah gagal, membabitkan kos sekitar RM663 juta. 

23. Isu-isu ini dilihat bakal menjadi next target pembangkang selepas 1MDB utk memusnahkan UMNO dan BN - ini gagal dilihat dgn baik oleh segelintir pihak khususnya dlm UMNO sendiri. 

24. TSMY diperlukan utk merealisasikan strategi empowering UMNO dan juga menggerakkan usaha penyatuan para penyokong UMNO yg kini sudah berpecah kpd team propresiden & pro-Tun. 

25. Seperti yg ditegaskan tadi, ia akan dilaksanakan secara demokratik dan dlm semangat persaudaraan yg selama ini menjadi asas perjuangan UMNO itu sendiri. 

26. Dlm garis masa yg betul, TSMY diyakini mampu mengumpulkan kembali sokongan akar umbi terhadap UMNO. 

27. Dlm garis masa yg betul juga, TSMY akan mengumpul sokongan yg mencukupi utk menggantikan Presiden parti sekaligus menggantikan PM, secara demokratik & muhibah.

Kesimpulan

28. TSMY tidak dipecat seperti Anwar yg dipecat oleh Tun. 

29. Hanya UMNO berupaya membetulkan keadaan. Ia akan dilakukan oleh kepimpinan UMNO sendiri secara demokratik dan dalam garis masa yg betul.
30. Rombakan kabinet ini adalah sesuatu yg tepat dan bijaksana pada masa yg betul dan mood yg sesuai.

31. UMNO belajar daripada kegagalan demokrasi dalam PAS yg baru-baru ini menjalankan pemilihan, sehingga wujud kumpulan yg kecewa dan akhirnya bertindak menubuhkan parti baharu (GHB).

32. Anda fikir semua ini berlaku kerana Najib gila kuasa dan bodoh? Anda silap.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget