KL CHRONICLE: Tahniah MCA, Sokongan Rakan Berbangsa Cina Kini Kembali Kepada Barisan Nasional #PRKPermatangPauh #KakWan4PP

Wednesday, May 6, 2015

Tahniah MCA, Sokongan Rakan Berbangsa Cina Kini Kembali Kepada Barisan Nasional #PRKPermatangPauh #KakWan4PP

Calon BN, Suhaimi Sabudin ditemani Timbalan Presiden MCA Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong berkempen
Tahniah dan syabas diucapkan kepada parti komponen Barisan Nasional, MCA yang kini dilihat telah berjaya menarik semula sokongan sahabat-sahabat berbangsa Cina kembali kepada Barisan Nasional. Ini terbukti apabila keputusan PRK Rompin yang dikeluarkan semalam menunjukkan peningkatan undi sahabat-sahabat berbangsa Cina kepada Barisan Nasional. Ini merupakan satu perkembangan sihat dalam sistem demokrasi negara ini.

Memetik maklumat daripada sahabat yang berada "on the ground", di Rompin terdapat 3 Peti Daerah Mengundi (PDM) yang mempunyai jumlah pengundi Cina yang significant iaitu:





  1. Bandar Rompin
  2. Kuala Rompin 
  3. Tanjung Gemuk

Calon BN diterima oleh kebanyakan masyarakat berbangsa Cina di Permatang Pauh
Berdasarkan keputusan rasmi PRK Rompin, jumlah mengundi di ketiga-tiga kawasan ini meningkat. Ini terbukti apabila bagi kawasan Kuala Rompin, majoriti pengundi Cina yang menyokong BN meningkat sebanyak hampir 80% (30 kepada 156), bagi Bandar Rompin, pada PRU-13, PDM ini telah dimenangi oleh pembangkang dengan majoriti 131 undi namun pada PRK baru-baru ini ianya telah dimenangi oleh BN dengan majoriti 36 undi, iaitu penambahan hampir 167 undi (131 + 36). Akhir sekali, di kawasan Tanjung Gemuk, pada PRU-13 BN menang dengan majoriti 166 undi, dan pada PRK kali ini BN mendapat sebanyak 254 undi, iaitu peningkatan sebanyak 39%. 

Bagi Kami di #KLChronicle, sokongan sahabat-sahabat berbangsa Cina ini sangat dihargai kerana walaupun apa yang dikatakan terhadap Barisan Nasional, BN sebenarnya telah membuktikan bahawa sepanjang hampir 60 tahun pentadbiran negara dibawah sistem perkongsian kuasa BN, rakyat berbilang kaum dan agama telah hidup dalam keadaan sejahtera dan aman - damai. 


Berilah peluang anak muda yang lahir di Permatang Pauh ini peluang untuk berbakti di tempat beliau sendiri
Oleh itu, kami berharap agar sahabat-sahabat berbangsa Cina di Permatang Pauh dapat memberikan sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional Permatang Pauh, iaitu Saudara Suhaimi Sabudin yang merupakan anak tempatan, masih muda, "no political baggage" dan yang paling penting tidak mempunyai apa-apa tugas lain selain menjadi Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat sepenuh masa (fulltime) kepada rakyat di Permatang Pauh. 

Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak demi masa depan anda. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget