KL CHRONICLE: Selepas Taklimat #1MDB kepada Kabinet, lepas ni jangan ada menteri kata tidak faham pula

Saturday, May 30, 2015

Selepas Taklimat #1MDB kepada Kabinet, lepas ni jangan ada menteri kata tidak faham pula


Kementerian Kewangan menjelaskan sebuah syarikat pelaburan petroleum terkemuka dunia dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) akan menyalurkan $AS 1 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran daripada Ipic dan anak syarikatnya, Aabar Investments merupakan sebahagian pelan rasionalisasi yang dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi.

"Bayaran AS$1 bilion ini akan digunakan untuk membayar semula hutang AS$975 juta sebelum tarikh akhir kepada pemberi pinjam wang antarabangsa.

"Perjanjian juga termasuk langkah komprehensif bagi menangani pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti di antara pihak tertentu, butiran lanjut akan diumumkan nanti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Husni berkata 1MDB akan menjadikan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia dua syarikat berasingan sebagai sebahagian langkah rasionalisasi mengurangkan beban RM42 bilion syarikat sarat hutang itu.

Katanya, kedua-dua projek hartanah itu akan diberi autonomi penuh untuk operasi dan prestasi kewangan.

“Sementara pilihan sedang dijalankan dengan menghormati kewangan Edra Energy, Kementerian Kewangan akan mengekalkan pemegang saham utama dalam TRX dan Bandar Malaysia yang akan meningkatkan ekuiti melalui pelabur pihak ketiga,” katanya.

1MDB dalam satu kajian strategik pada Februari berkata dua projek hartanah itu akan menjadi entiti berasingan tetapi masih dimiliki Kementerian Kewangan.

4 comments:

Abu Bakar said...

Masalahanya kalau diberikan taklimat pun, ada fakta yang disembunyikan, macam USD 1.103 bilion, dari tunai ke aset lepas tu ke unit pula, malahan aset apa, unit apa pun tak diketahui, inilah masalah Najib and his robber gang.

Dalam isu tanah di TRX, rakyat mahu penjelasan di manakah letakkan pusat komersil bumiputera yang kononnya hendak dibangunkan oleh kerajaan di tanah TRX itu sebagai mana pengumuman oleh Najib sendiri sebelum ni?

Diharap agar taklimat itu menerangkan apa dah jadi dengan TRX dan apa dah jadi dengan Bandar Malaysia.

Kita juga mahu tahu, jika sudah jadi entiti yang berlainan, berapakah pegangan kerajaan dalam entiti yang sudah jadi berlainan tersebut.

Malahan jika dana USD 1 bilion itu disuntik oleh Aabar Group, tetapi USD 975 juta digunakan untuk bayar hutang 1MDB, hanya tinggal USD 25 juta, pembangunan jadah apa yang boleh dibuat di TRX dan Bandar Malaysia itu?

Kemudian taklimat mengenai tunai yang bertukar menjadi aset lepas tu berubah pula menjadi unit perlu diberikan kepada jemaah menteri dan kabinet juga ye.

Serta penerangan mengenai Arul Kanda yang kononnya sedang berada di luar negara dan tak dapat hadir jumpa dan beri keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara pada hari selasa serta dapat pula hadir berikan penerangan kepada Shahrir Samad di restoran pada hari Rabu serta rekod pihak Imigresen yang mendapati Arul Kanda tidak ke luar negara dalam tempoh 23 hingga 27 mei 2015, jadi di manakah Arul Kanda pada hari selasa 26 mei 2015 yang mana sepatutnya dia memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Malahan sikap Arul Kanda yang sanggup segera jumpa dengan Shahrir Samad untuk beri 'penjelasan' mengenai 1MDB sedangkan tidak hadir memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara, apakah Shahrir Samad ini terlalu besar dan lebih penting dari hadir memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara? Ini pun perlu dijelaskan.

Awal-awal lagi dah merapu, kemudian nanti tak tahulah, apa yang akan jadi. Malahan, apakah 1MDB akan menyuntik dana juga bagi entiti baharu yang akan ditubuhkan nanti? Nak suntik dana dari mana? Nak biaya pengurusan pun kena hutang, nak bayar hutang pun kena hutang lagi, maka siapa yang akan suntik dana bagi entiti baharu itu nanti? Pastinya Kementerian Kewangan, tetapi keuntungan mengalir ke 1MDB kononnya pemegang saham tapi tak ada beri dana apa-apa pun.

Kita mau selepas pembentangan kepada jemaah menteri dan kabinet, maka pembentangan kepada dewan rakyat disegerakan, lepas tu pembentangan kepada rakyat disegarakan juga.

Fikir said...

Aisehman ... takkab pak arab nak bagi percuma aje. Mesti ada udang balik batu.

Ataupun fat mama dah talipon bini2 arab supaya menolong kot?

Blogger harus ingat, rezeki haram tu bawa balak.

Rizal Zainal said...

Knp bro , sakit hti ke atau tk puas ht ? Cb kt tgk cina , dap buat terowong dasar laut guna duit rakyat jg , ada ke orng cina menyalak mcm ni ? Dh jwb msh kt tk btl lg , apa yg orng melayu nk sebenarnya

Abu Bakar said...

Rizal Zainal, masalahnya sekarang ini dah teruk sangat 1MDB ni, malahan bos-bos besar 1MDB ini pun dah teruk sangat, terutama Najib sendiri,sampai tak kenal tunai, aset, unit, lepas tu menipu dalam parlimen, apa semua ini?

Malahan mengenai pelaburan baharu dari Aabar Group, kalau Aabar Group labur USD 1 bilion, kemudian USD 795 juta digunakan untuk bayar hutang 1MDB, pelaburan jenis jadah apa begini? Ada ke pelaburan untuk bayar hutang? Ni berniaga jenis apa ni? Orang sakit mental di Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan pun akan ketawa berdekah-dekah berasa begitu lawaknya cara berniaga sebegini.

Malahan sebelum ini puak-puak Najib kata keuntungan pelaburan dengan Petrosuadi lebih USD 1 bilion, pasal apa sampai asyik kena hutang sana sini lagi untuk selesaikan hutang?

Berhutang untuk bayar hutang, makin parahlah kalau macam ni.

Pasal DAP itu, orang cina dari MCA, Gerakan malahan orang cina yang tak berparti pun menentang, mereka melihat projek itu membazir dan tidak menyelesaikan kesesakan trafik di Daerah Timur Laut, sebab itulah

Malahan Lim Guan Eng juga perlu dihadapkan ke muka pengadilan, buat kertas kerja sampai beratus juta ringgit, itu pun satu puak dengan Najib juga ni. Jenis penyamun.

Heret sama pemimpin PAS yang terlibat dengan penyelewengan dana Tabung Memali, serta siasat mengenai Projek Lebuhraya Rakyat yang dah terbengkalai lebih dua tahun. Ini puak penyamun jugalah, kononnya derma jihad buat lebuhraya, tapi kaut derma untuk buat lebuhraya, wang derma entah ke mana, lebuhraya pun tak tahulah di mana lokasinya.


Jadi tak payak lari dari topiklah ye.

Isu pertama yang rakyat marah adalah sudahlah dalam isu penjualan tanah di Sungai Besi dan di TRX dengan harga yang terlalu rendah hingga menyebabkan kerajaan rugi berbilion ringgit, malahan rakyat juga rugi berbilion ringgit wang peruntukkan pembangunan. Sekarang ini, hutang 1MDB juga menggunakan khazanah perbendaharaan negara sebagai cagarannya, kalau 1MDB gagal bayar hutang, wang dalam khazanah perbendaharaan negara yang sepatutnya untuk pembangunan infrastruktur kepada rakyat seperti jalan raya, hospital, sekolah, klinik, padang permainan, gelanggang permainan, serta lain-lain pembangunan untuk kesejahteraan rakyat akan dirampas begitu sahaja dan digunakan untuk bayar hutang 1MDB, kerana hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan, kerajaan nak ambil duit dari mana lagi kalau tak gunakan khazanah perbendaharaan negara?

Jangan beri komen macam orang tak pernah bersekolah, menyokong perkara salah sedemikian mencerminkan mental anda bermasalah, malahan tahap pemikiran anda adalah rendah.

Jangan ingat rakyat bodoh boleh diperkudakan dengan 'jawapan-jawapan' bertaraf taik dalam lubang jamban untuk menyembunyikan segala kerosakkan di dalam 1MDB itu, rakyat punya maklumat, jangan nak auta lagilah.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget