KL CHRONICLE: Majlis Tertinggi (MT) UMNO Beri Sokongan Penuh Kepada PM @NajibRazak #KekalNajib

Monday, May 11, 2015

Majlis Tertinggi (MT) UMNO Beri Sokongan Penuh Kepada PM @NajibRazak #KekalNajib

IMG_2727

Didesak bekas pemimpin tertinggi parti agar berundur, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini, ahli Majlis Tertinggi parti menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinannya.

Katanya, perkara tersebut dinyatakan mereka sendiri semasa mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.



Berdepan tekanan susulan isu syarikat yang dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau juga berkata, pucuk pimpinan parti Melayu itu mahu pemimpin parti di setiap peringkat bersatu mendepani isu yang berbangkit.

"Majlis Tertinggi yang bersidang tengahari ini melahirkan sokongan yang padu kepada presiden dan timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

"Majlis tertinggi mahu presiden, timbalan presiden dan semua pemimpin tertinggi Umno bersatu dalam satu pasukan menangani segala cabaran dan mengambil tindakan yang positif mengukuhkan lagi kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) di sisi rakyat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Dengan keputusan tersebut, perdana menteri turut berkata, anggota Majlis Tertinggi berharap mereka diberi peluang menyumbangkan idea supaya isu berbangkit dapat diselesaikan. 

"Majlis Tertinggi juga menyatakan, kalau ada sebarang isu berbangkit, ia mengharapkan diberi peluang dan ruang untuk menyumbang idea yang bernas dan cadangan yang positif supaya isu tersebut boleh ditangani dan dicari penyelesaian yang sebaik-baiknya," kata Najib. – 11 Mei, 2015.

2 comments:

Rahim Satria said...

Takper....
Yang mengundi nanti rakyat.

ezek ahmad said...

Memang la sesiapa pn tk berani menentang bos.. kalau dibuat undian secara sulit, utk menyatakan sokongan, sudah pasti DSN kecundang..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget