KL CHRONICLE: Bekas menteri luar @syedhamidalbar rayu Putrajaya selamatkan pelarian #Rohingya

Friday, May 15, 2015

Bekas menteri luar @syedhamidalbar rayu Putrajaya selamatkan pelarian #Rohingya



Bekas menteri luar Tan Sri Syed Hamid Albar merayu Putrajaya agar menyelamatkan pelarian Rohingya yang terkandas di pesisiran pantai Malaysia.

Rayuan itu dibuat menerusi akaun Twitter beliau dan diajukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.



"Bertindak sekarang untuk menyelamatkan orang Rohingya daripada lemas. Mohon pemimpin Malaysia menyahut seruan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa.

 "Diam bukan pilihan.

"(Act now to save d Rohingya boat people fm growing. Malaysian leaders pls respond to d call of UNSG and intl comnty. Silence is nt an optn)," tulis Syed Hamid yang juga merupakan wakil khas Malaysia ke Pertubuhan Negara Islam (OIC) menerusi akaun Twitternya hari ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget