KL CHRONICLE: SPR Telah Terima Notis Kekosongan Parlimen Permatang Pauh, PRK lah kita..

Wednesday, April 1, 2015

SPR Telah Terima Notis Kekosongan Parlimen Permatang Pauh, PRK lah kita..



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima notis pemberitahuan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikir Amin Mulia hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sehubungan itu SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh tertentu berhubung proses pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dalam masa terdekat.


Antara tarikh yang akan ditentukan dalam mesyuarat tersebut ialah penamaan calon, pengundian awal, pengundian biasa serta menentukan daftar pemilih bagi PRK tersebut selain memutuskan tarikh sebenar kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh bermula, katanya.

"Kalau mengikut peraturan, SPR perlu mengadakan mesyuarat tidak awal daripada empat hari dan tidak lebih daripada 10 hari (dari tarikh penerimaan pemakluman notis)," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.
Beliau turut menjelaskan menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari dari tarikh berlaku kekosongan.

Sementara itu, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan satu mesyuarat mengenai PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 8 April.

Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Aziz, pada pukul 10 pagi di ibu pejabat SPR di Kuala Lumpur, dan diikuti sidang media selepas itu.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget