KL CHRONICLE: Kini PAS Kata @cmlimguaneng Tidak Siuman dan Hilang Akal

Saturday, March 28, 2015

Kini PAS Kata @cmlimguaneng Tidak Siuman dan Hilang Akal

Mat Sabu pemimpin PAS yang paling rapat dengan Lim Guan Eng
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad melihat tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun mengekalkan hubungan dengan parti Islam itu umpama individu yang "hilang akal".

Mohamad Noor pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini berkata, kenyataan yang dikeluarkan ketua menteri Pulau Pinang itu adalah "biadap" dan "tidak reti bahasa", dan hanya dikeluarkan oleh individu yang "tidak siuman"

"Kenyataan itu satu kenyataan biadap dan dia tidak reti bahasa, dan PAS Wilayah lihat kenyataan itu dikeluarkan oleh orang yang tidak siuman.

"Mana mungkin putus hubungan dengan Hadi, sebagai presiden, tapi pada masa sama kekal hubungan dengan PAS, tidak rasional itu, orang tiada akal yang kata begitu," kata Mohamad Noor.

Beliau berkata, kenyataan-kenyataan daripada kepimpinan DAP yang mengkritik Hadi juga dilakukan kerana mereka rasa "bongkak" dan "sombong" kerana jumlah kerusi yang dimenangi rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) itu lebih banyak berbanding PAS dalam Pilihan Raya Umum 2013.

"Saya melihat pimpinan DAP sudah semacam bongkak, sombong, kerana menang banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Dia kena ingat, kemenangan itu sokongannya daripada ahli PAS. Jangan rasa yakin untuk pilihan raya umum akan datang kalau ahli PAS tak menyokong," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Noor menggesa agar DAP menarik balik kenyataan-kenyataan mereka sekiranya masih lagi bersama dalam PR, dan jika gagal berbuat demikian, DAP harus meninggalkan PR.

"PAS Wilayah menggesa supaya pihak DAP segera menarik balik kenyataan-kenyataan mereka, sekiranya benar ingin kekal dalam PR dan sekiranya masih keluar kenyataan hina presiden, DAP dicabar keluar PR.

"Atas sifat setiakawan, tidak boleh kawan dalam parti hina presiden, kita menyeru supaya tiada lagi kenyataan-kenyataan yang boleh meretakkan hubungan dalam PR."

Mohamad Noor berkata, kenyataan yang dikeluarkan pimpinan DAP itu juga dilihat umpama ingin "menaja" mana-mana pimpinan PAS yang ingin menggantikan Hadi.

"Kenyataan itu semacam DAP ada rancangan untuk menaja pimpinan parti menjadi presiden PAS."

Beliau berkata, PAS Wilayah, menyokong sepenuhnya kepimpinan Hadi sebagai presiden dan menolak sebarang usaha untuk menjatuhkan atau menukar presiden PAS kepada pemimpin lain selain Hadi.

"PAS Wilayah akan pastikan usaha menukar presiden tidak akan berhasil dalam Muktamar ke-61 akan datang," katanya.

"Siapa sahaja sebenarnya tidak layak ganti Hadi, kerana Hadi bukan sahaja diiktiraf orang Islam dalam negeri, tapi luar negara," katanya, merujuk kepada lantikan Hadi sebagai naib presiden ulama dunia. – 28 Mac, 2015.

5 comments:

akmy said...

Semua keterlanjuran yang menyebabkan PAS menjadi semakin lemah adalah hasil kerjabuat para pemimpin mereka sendiri. PAS telah lari dari landasan perjuangan asalnya iaitu Islam. Walau pun Islam bagi PAS hanyalah sebagai alat untuk meraih sokongan dengan merendah2kan keislaman pihak lain tetapi perkara itu dikantoikan seterang matahari apabila PAS menerima pakatan dengan DAP.
Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram….Oleh yang demikian, Nik Aziz menghalalkan penumpahan darah menentang UMNO yang dianggapnya sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti yang diterajui oleh bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dengan berkata, “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,”
Tetapi setelah disaiko oleh kafir harbi DAP, tiba2 PAS rasa dia lemah dan perlukan DAP dan PKR….mungkin benih yang ditanam Anwar dalam PAS telah subur berakar berumbi….mungkin juga beberapa pemimpin PAS telah Berjaya dibonzaikan oleh DAP….
…..Setiap bulan Mat Sabu akan diberi RM15,000 oleh DAP. Mat Sabu pernah mengaku kpd CN Afghani, ‘ada pihak tolong bayar’, bila ahli seumur hidup Pas itu membangkitkan isu kereta baru Honda CR-V yg dipakai oleh Timb. Presiden Pas itu…. Pada November tahun lepas, bekas blogger reformasi, Ibrahim Baba (IB) mendedahkan sekurang-kurang terdapat 10 individu kanan dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah dibayar DAP setiap bulan...
Kerjasama DAP dengan PAS adalah atas dasar “telunjuk lurus kelingking berkait” mencontohi LKY PAP Singapura yang membeli/gadai jiwaraga, agama dan bangsa Melayu….kemuncak kelemahan akal orang Islam PAS hinggakan sanggup “mendoakan” kafir harbi Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat.
Lama2 dah tak jadi kafir pulak ….“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam….“Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu.”
Sehinggakan misi menubuhkan Negara Islam pun bertukar kepada Negara Berkebajikan dan slogan Membangun Bersama Islam dan Kepimpinan Ulama sekarang ditukar kepada Pas For All….
Salah Presiden juga, demi mengambil hati DAP sanggup cakap,” “sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Perlembagaan Persekutuan akan diubah dan Islam tidak lagi akan dijadikan agama rasmi tetapi akan dijadikan ‘cara hidup". Menurut beliau, meletakkan Islam sebagai ‘agama’ di dalam perlembagaan adalah tidak wajar kerana agama hanya merupakan kepercayaan seperti yang dipegang oleh barat iaitu hubungan antara manusia dan Tuhan, tetapi tidak mengambilnya sebagai ‘cara hidup’.

Walau pun begitu, tidak terlewat untuk PAS berubah…mungkin dulu benar2 tak percaya nasihat ahli agama yang melarang PAS bercucuk tanam dalam kawasan kandang babi tetapi PAS telah terleka akan “kesuburan” tanahnya…mungkin dengan harapan boleh menyucinya….
Renunglah dan ambil iktibar dari perjalanan politik Shahnon Ahmad dengan Pas tidak bertahan. Dalam tempoh kurang 15 tahun, beliau sudah nampak bagaimana Pas – termasuk golongan ulama dalam parti itu - gagal mempertahankan Islam…."Dasar politik Pas sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah SAW bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah. Malah, saya sendiri sebenarnya tidak berapa faham dengan perjuangan dan latar belakang golongan profesional Pas" katanya…. Andainya Shahnon masuk Pas dulu kerana tertarik kepada kepimpinan ulama, maka kekecewaan beliau hari ini adalah manifestasi penolakan beliau terhadap kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Abdul Hadi Awang.

Mohd Bakri Mohd Zin said...

read this

Mohd Bakri Mohd Zin said...

read this

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget