KL CHRONICLE: Akhirnya Petisyen @Anwaribrahim ke White House dibuang Kerajaan Amerika

Tuesday, March 10, 2015

Akhirnya Petisyen @Anwaribrahim ke White House dibuang Kerajaan Amerika

Petisyen untuk pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dihantar ke Rumah Putih dibuang daripada laman sesawang rasminya, pagi ini. – Gambar oleh The Malaysian Insider, 10 Mac, 2015.



Petisyen kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara dibuang daripada laman sesawang untuk petisyen Rumah Putih, kerana gagal mencapai sasaran memperolehi 100,000 tandatangan seperti disyaratkan.


Laman sesawang yang sebelum ini menyiarkan petisyen itu kini tertulis:”Petisyen yang anda cuba cari dikeluarkan daripada laman ini mengikut Dasar Kesederhanaan kerana ia melanggar terma penyertaan kami”.

Awal pagi ini, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang baru saja merayu belas kasihan orang ramai menandatangani petisyen itu, yang memerlukan kira-kira 5,000 lagi untuk mencapai sasaran 100,000, syarat bagi mendapatkan maklum balas pemerintah AS.

Lim melalui akaun Twitternya melahirnya keyakinan jumlah itu mampu mencapai sasaran menjelang jam 5 petang hari ini, lebih awal daripada tarikh tamat pada 12 Mac.

Tetapi, tidak lama selepas tweet itu, pemeriksaan dibuat di laman sesawang yang membawa petisyen berkenaan ke Rumah Putih mendedahkan rayuan untuk Anwar itu sudah dikeluarkan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget