KL CHRONICLE: Ini Sebab-Sebab Kenapa DAP Sarawak dan @ChongChiengJen SILAP dalam membawa SPR ke Mahkamah

Monday, March 9, 2015

Ini Sebab-Sebab Kenapa DAP Sarawak dan @ChongChiengJen SILAP dalam membawa SPR ke Mahkamah


#KLChronicle : Kenyataan dibawah diambil dari portal pembangkang The Malaysian Insider:

"Sarawak DAP is expected to take the Election Commission (EC) to court for refusing to grant a public hearing on two objections filed last month on the redrawing of the electoral boundary for Bandar Kuching parliamentary constituency. 
Its state chairman Chong Chieng Jen, said the decision on the matter was made at the party's state committee meeting in Kuching yesterday" [SINI]

#KLChronicle : Kenyataan diatas yang dikeluarkan oleh Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak menunjukkan sebenarnya beliau sangat dangkal dan bodoh dalam hal-hal yang melibatkan undang-undang negara berkaitan isu persempadanan semula. Oleh itu, kami di #KLChronicle ingin membetulkan fakta yang dikeluarkan oleh DAP Sarawak kerana fakta mereka adalah SALAH! Sebab-sebab kami adalah seperti berikut:



Menurut Perkara 113 dan Bahagian 2, Jadual ke - 13 Perlembagaan Persekutuan, seteleh SPR menerima bantahan bagi urusan persempadanan semula, satu Siasatan Tempatan akan dijalankan. SPR mempunyai kuasa  yang diberikan kepada Pesurujaya oleh Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119] untuk mengadakan Siasatan Tempatan tersebut. Perlu diingatkan Siasatan Tempatan BUKAN "Public Inquiry" seperti yang dikatakan oleh Chong Chieng Jen. Siasatan Tempatan ini adalah TERTUTUP dan TIDAK DIBUKA KEPADA "PUBLIC". 

Jadi, apa yang Chong Chieng Jen cuba lakukan sebenarnya adalah beliau cuba menipu rakyat dengan mengatakan bahawa SPR tidak telus kerana cuba mengelak daripada melakukan "public inquiry" namun hal yang sebenarnya adalah SPR dari segi undang-undang TIDAK DIBENARKAN melakukan "Public Inquiry" kerana kuasa yang ada pada SPR cuma adalah melakukan SIASATAN TEMPATAN.

Esok kami akan terangkan pula apa yang dimaksudkan dengan siasatan tempatan dan membongkar lagi penipuan jijik yang dilakukan oleh DAP dan Chong Chieng Jen.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget