KL CHRONICLE: Kini Bersih 2.0 Guna Diplomat Asing untuk pengaruhi urus tadbir pilihanraya negara

Tuesday, January 20, 2015

Kini Bersih 2.0 Guna Diplomat Asing untuk pengaruhi urus tadbir pilihanraya negara

Bersih merupakan NGO yang ditaja kuasa asing untuk menghuru-harakan negara
Menyedari mereka semakin hilang sokongan dan dilihat "irrelevant" dalam sosio politik negara, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bertindak diluar batasan dengan memanggil 20 diplomat asing semalam berhubung cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula di Sarawak. 



Diplomat dari negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Rusia, Britain, Australia dan Singapura menghadiri sesi dua jam itu yang dipengerusikan oleh Maria Chin Abdullah .


“Kami berkongsi apa yang berlaku dalam persempadanan di Sarawak. Ia sudah bermula dan apa yang kami lihat kurang ketelusan,” katanya selepas acara itu di Petaling Jaya.

“Peta yang diberi tidak boleh diterima kerana tidak menunjukkan jalan, bukit, sungai dan sebagainya. 

Difahamkan akibat dari tekanan oleh NGO pro pembangkang itu, diplomat asing berkenaan mungkin akan mengadakan pertemuan bersama SPR bagi mendapat penjelasan isu yang dibangkitkan Bersih 2.0 semalam sekaligus campur tangan dalam urusan pilihanraya negara kita. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget