KL CHRONICLE: Kerajaan prihatin, PM @NajibRazak Umum tangguh kenaikan tariff elektrik

Tuesday, January 20, 2015

Kerajaan prihatin, PM @NajibRazak Umum tangguh kenaikan tariff elektrik

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan mesej khas mengenai perkembangan semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Januari, 2015.

Penangguhan kenaikan tarif elektrik yang dijadualkan tahun ini dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah aspek terpenting bajet yang disemak semula Putrajaya yang akan membawa cahaya kepada pengguna di Malaysia.

Kenaikan harga gas yang dijadualkan bagi sektor industri juga ditangguhkan, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini semasa semakan Belanjawan 2015.



Penangguhan PLKN selama setahun akan menjimatkan RM400 juta memandangkan kerajaan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan dan merangsang pelaburan serta penggunaan.

Secara keseluruhannya, perbelanjaan mengurus kerajaan dijangka berkurangan sebanyak RM5.5 bilion melalui penilaian semula keutamaan perbelanjaan, kata Najib.

Perbelanjaan bagi pembangunan dikekalkan pada RM48.5 bilion, sebagaimana bajet asal yang dibentangkan pada Oktober tahun lepas.

Najib berkata, langkah itu termasuk projek mesra rakyat seperti perumahan awam, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan infrastruktur pengangkutan awam seperti Lebuh Raya Pan-Borneo.

Semakan ini ekoran kejatuhan harga minyak yang kini berada pada paras AS$50 setong.

Belanjawan 2015, apabila dibentangkan pada bulan Oktober tahun lepas, mempunyai unjuran perbelanjaan RM273.9 bilion dalam perbelanjaan dan RM235.2 bilion pendapatan. Ia disandarkan kepada harga minyak kira-kira AS$100 setong.

Kemerosotan harga itu menjejaskan nilai ringgit dengan ketara memandangkan Malaysia adalah pengeksport minyak yang dilihat oleh ahli ekonomi sebagai keperluan bagi Putrajaya untuk menyemak semula bajet.

2 comments:

FORENSIC PATHOLOGY said...

Minyak turun, mana boleh naik tariff elektrik. Turunkan tariff elektrik sekarang juga!!!!!. Tanya YTL dan TNB apa pasal tak turunkan tariff elektrik? Pulang balik wang rakyat bayar elektrik yang diambil waktu harga minyak turun menjunam-junam. (Rakyat Hakim dan Pemantau Negara).

wong ming chien said...
This comment has been removed by the author.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget