KL CHRONICLE: Dr. Haron Din Akui Melayu Akan Hilang Kuasa jika @dapmalaysia tetap degil mahu pilihanraya PBT diadakan Cc @limkitsiang @imokman

Monday, January 26, 2015

Dr. Haron Din Akui Melayu Akan Hilang Kuasa jika @dapmalaysia tetap degil mahu pilihanraya PBT diadakan Cc @limkitsiang @imokman



Pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menyumbang ke arah usaha mewujudkan keharmonian politik negara ini, malah akan mengundang padah, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (gambar, kanan).

Katanya, negara boleh ditimpa padah sekiranya DAP terus berdegil melaksanakan pilihan raya PBT itu, sedangkan kepemimpinan ulama di dalam PAS yakin kebimbangan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemungkinan ia mengakibatkan peristiwa 13 Mei berulang, ada asasnya.



"Sebarang isu yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman akan mengundang padah.


"Kalau tidak segera, maka masa mendatang akan lebih mencabar, kerana itulah isu pilihan raya PBT ini elok dihentikan segera," kata Haron menurut laporan Utusan Malaysia hari ini.
Kelmarin, Hadi mendakwa pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan jurang dalam masyarakat kerana ia menguntungkan penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina dan menimbulkan kebimbangan berulangnya peristiwa berdarah pada 1969 itu.

Haron turut memberi peringatan kepada DAP, pandangan Hadi tersebut bukan bersifat peribadi kerana ia turut tidak dipersetujui semua ahli PAS.

Katanya, DAP sewajarnya bersikap prihatin sebelum melakukan sebarang tindakan yang melibatkan umum, terutamanya dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini.

Akhbar milik Umno itu juga melaporkan, Haron meminta DAP tidak menyamakan isu pilihan raya PBT dengan isu hudud kerana ia tidak mempunyai kaitan sama sekali.

"Hudud ialah teras perjuangan parti dan kerana itulah PAS diwujudkan, sedangkan pilihan raya PBT ini apa bendanya? Bukan perjuangan parti dan bukan teras DAP," katanya.

Akhbar itu juga memetik penganalisis geopolitik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali yang turut sependapat mengatakan pilihan raya PBT akan mencetuskan monopoli kaum Cina yang majoritinya tinggal di bandar dan menguasai ekonomi bandar.

Katanya, kesan ini akan mewujudkan suasana tidak puas hati terhadap kaum Cina kerana baginya, pilihan raya PBT akan mengurangkan atau mengetepikan tempat wakil Melayu dan juga kaum lain.

Beliau menegaskan, kesan daripada pilihan raya PBT bukan sahaja merenggangkan hubungan antara kaum, tetapi paling membimbangkan ialah Melayu bakal hilang kuasa.

"Apabila pilihan raya PBT diadakan, pemimpin Cina pasti akan mendapat lebih banyak undian daripada kaum tersebut kerana majoriti penduduk bandar seperti Pulau Pinang terdiri daripada bangsa tersebut. Cara ini akan mengurangkan wakil Melayu dalam PBT.

"Secara tidak langsung suara dan kepentingan orang Melayu serta kaum lain dalam sesebuah PBT akan lenyap dan wujud monopoli tertentu iaitu bangsa Cina," katanya kepada Utusan Malaysia. – 26 Januari, 2015.

2 comments:

mk said...

Salah...lebih tepat lagi sekiranya Dr Hdin dan gulongannya berimamkan nafsu politik... berterusan ..memang Kuasa politik Melayu Islam akan jadi sejarah... Baliklah kepangkal jalan ...ikut nafsu pasti lesu..

Sab Sabag said...

Kaum cina kalu bagi peluang macam ni.. Terbalik la negara.. Bangsa ni mana ada toleransi..semua politik kotor diorg..
Harap melayu je yang terlalu bagi muka Kat diorg ni.. Sampai makan diri sekarang ni..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget