KL CHRONICLE: Tahniah PRASARANA, kini dilantik "Shadow Operator" Makkah Metro @ShahrilMokhtar @MyRapidKL @NajibRazak

Monday, November 17, 2014

Tahniah PRASARANA, kini dilantik "Shadow Operator" Makkah Metro @ShahrilMokhtar @MyRapidKL @NajibRazak


#KLChronicle : Kami mengucapkan ribuan tahniah dan syabas kepada Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) kerana telah diberikan kepercayaan oleh kerajaan Arab Saudi sebagai operator bagi Makkah Metro. Kontrak ini merupakan kontrak pertama PRASARANA sebagai operator diluar negara dan sekaligus membuktikan bahawa PRASARANA mempunyai kebolehan dan "talent" yang dikagumi oleh negara Arab. 



Kami berharap kejayaan PRASARANA meraih kontrak ini akan mendorong syarikat supaya lebih "driven" dalam mencari peluang perniagaan diluar negara sekaligus menjadi antara operator rail yang terbaik di dunia. Jika PETRONAS boleh menjadi sebuah Fortune 500 company, kenapa pula PRASARANA tidak boleh? Dengan kepimpinan Dato Sri Shahril Mokhtar bersama barisan pekerja PRASARANA yang berdedikasi, kami yakin perkara ini boleh berlaku.

Sekali lagi Tahniah kepada Tan Sri Shahril Mokhtar serta Kakitangan PRASARANA. All the best and good luck!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget