KL CHRONICLE: Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Inisiatif Murni Kerajaan @NajibRazak

Monday, November 17, 2014

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Inisiatif Murni Kerajaan @NajibRazak


Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia


#KLChronicle : Kami di #KLChronicle ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim yang telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM). Bagi kami, tindakan Perdana Menteri dan Dato' Dr Mashitah ini telah sekaligus mengiktiraf pendidikan pondok sebagai satu institusi pendidikan yang penting dalam negara.



Jika dilihat dari segi sejarah pendidikan pondok di Malaysia, ianya bermula dan berkembang daripada aktiviti pengajaran di masjid yang menjadi rumah ibadah dan tempat pertemuan masyarakat Islam. Pelbagai aktiviti dan kegiatan keagamaan dilaksanakan di pondok bagi mendedahkan masyarakat tentang segala permasalahan dalam Islam seperti hukum hakam, akidah dan masalah-masalah lain yang bersangkut paut dalam soal agama islam.

Menyedari kepentingan sekolah pondok terhadap agama, bangsa dan negara, Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)  ditubuhkan oleh badan bukan kerajaan bertujuan untuk mengumpul seluruh warga pondok di negara ini di bawah satu entiti. Selain itu, ia juga bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai aktiviti sekolah pondok di negara ini. 

Bagi kami di #KLChronicle, terima kasih diucapkan kepada kerajaan Barisan Nasional kerana mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh Sekolah Pondok dalam pembangunan ummah. Perlantikan Dato' Dr. Mashitah juga kami rasakan adalah sesuatu yang tepat pada masanya memandangkan "background" beliau juga hebat iaitu seorang penceramah/pendakwah agama yang disegani.

Insyallah, dalam artikel seterusnya kami akan cerita serba sedikit tentang Latar Belakang, Visi & Misi serta perkara yang berkait rapat dengan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM). Pembaca juga boleh lawat website YPPM di http://yppm.org.my/

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget