KL CHRONICLE: Bangkitlah Bangsaku, Bangkitlah Sahabatku, rayu wakil Pemuda Umno

Wednesday, November 26, 2014

Bangkitlah Bangsaku, Bangkitlah Sahabatku, rayu wakil Pemuda Umno

Perwakilan Pemuda Umno menyatakan ikrar mereka di perhimpunan tahunan sayap itu di Putra World Trade Centre, hari ini.  – Gambar The Malaysian Insider, 26 November, 2014.


Seorang perwakilan Pemuda Umno hari ini menyeru ahli parti itu agar lebih lantang dalam melawan suara-suara yang menurutnya mencabar sensitiviti Melayu dan berkata, dengan bersikap terlalu diplomatik terhadap mereka akan hanya menghancurkan Islam.



Ketua Penerangan Pemuda Umno Negeri Sembilan Shamsul Amri Mohd Kamal dalam ucapannya di perhimpunan Pemuda Umno hari ini berkata, ahli parti tidak perlu takut membela agama, dan menambah polis perlu bertindak terhadap sesiapa yang melabel mereka pelampau.

"Dulu mereka tak berani menyentuh kita, tak berani menegur kita, tapi lebih-lebih lagi‎ hari ini, mereka berani cabar kita dengan pelbagai isu yang menggoncang kesabaran dan toleransi kita.

"Bangkitlah bangsaku, bangkitlah sahabatku, sedarlah kesabaran kita ada hadnya, toleransi kita ada sempadannya. Jangan kerana terlalu berdiplomasi dan bertoleransi, kita menggadaikan satu demi satu termasuklah juga agama Islam yang kita cintai."

Shamsul memberikan contoh program "I Want to Touch a Dog" baru-baru ini, keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan mencabar larangan pakaian songsang terhadap lelaki transgender oleh Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan), serta kes perebutan anak melibatkan seorang mualaf dengan bekas isterinya yang beragama Hindu.

Shamsul berkata insiden tersebut boleh mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam dan melemahkan kedudukan Islam di negara ini.

"Kita perlu lebih profesional dalam hal ini dan kita kena pastikan kita pertahankan agama kita. Dan barangsiapa yang cuba mengutuk menyatakan bila kita sebut pasal hal agama maka kita ini ekstrim, maka kita ambil tindakan padanya segera.

"Mengapa bila orang menghina agama kita, kita lengah-lengahkan? Tetapi bila kita menyentuh menegur orang lain, oh cepat ditangkap tak payah tunggu 24 jam. Maka perlu kita ambil tindakan serius," katanya

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget