KL CHRONICLE: Masyallah! Insiden Lahad Datu hanya drama, kata perwakilan PKR

Saturday, August 23, 2014

Masyallah! Insiden Lahad Datu hanya drama, kata perwakilan PKR

Mohamad Imran langsung tidak ada rasa simpati terhadap keluarga mangsa Lahad Datu dan MH17
Perwakilan PKR daripada Mohamad Imran Abdul Hamid mendakwa insiden pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu tahun lalu hanya drama semata-mata untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).




Ahli Parlimen Lumut itu berkata, insiden yang telah mengorbankan 10 anggota keselamatan itu berlaku 3 bulan sebelum pilihan raya dan pernah berlaku sejak 1986, namun tidak ada tindakan sivil diambil Putrajaya.

"Tetapi pada 2013, pilihan raya akan berlaku, Lahad Datu dipaparkan, serangan dilaksanakan. Saya bercakap Lahad Datu merupakan sebuah drama.

"Oleh kerana kita lihat ia berlaku 3 bulan sebelum pilihan raya iaitu pada Februari, tidak ada tindakan yang diambil sehingga masuk Mac (PRU13)," katanya ketika membahaskan usul politik dalam Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.

Beliau turut menyifatkan istiadat menghormati jenazah mangsa nahas MH17 yang dibawa pulang daripada Belanda semalam sebagai 'berlebihan' berbanding penghormatan terhadap perajurit yang mempertahankan kedaulatan negara.

“Bukan kita kata tidak boleh tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan kerajaan semata-mata untuk meraikan mangsa MH17.

1 comment:

zul ibrahim said...

Jangan nanti kerana mulut santan binasa , usia kau tu kubur kata mari rumah kau kata bila kau ni nak mati , banyak banyakkan lah bertaubat ,jangan buat fitnah lagi , kesian lah pada waris yg dah meninggal

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget