KL CHRONICLE: #IstanaSegambut : @RafiziRamli Cabar Ahli PKR Bertanding Lawan @anwaribrahim @drwanazizah dan @n_izzah

Sunday, August 24, 2014

#IstanaSegambut : @RafiziRamli Cabar Ahli PKR Bertanding Lawan @anwaribrahim @drwanazizah dan @n_izzah

@rafiziramli cuba alih isu Dokumen Kajang dengan isu #IstanaSegambut
Naib Presiden PKR yang baru Rafizi Ramli hari ini mencabar ahli parti melawan dakwaan budaya nepotisme yang diamalkan pemimpin tertinggi antara Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya yang juga Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulung mereka Nurul Izzah Anwar.




Rafizi berkata, jolokan istilah "Istana Bukit Segambut" menggambarkan serangan nepotisme terhadap keluarga Anwar diilhamkan daripada ahli parti sendiri.

Beliau meminta ahli PKR membuktikan sendiri dalam pemilihan akan datang jika perkara itu benar berlaku.

"Kalau rasa nepotisme sangat, ada jalan keluar. Cabar mereka bertanding.

"Kalau mereka dipilih secara demokratik jangan bawa soal nepotisme," katanya dalam ucapan penggulungan Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.

Nurul Izzah Anwar menerima undian paling tinggi bagi kerusi naib presiden dan Dr Wan Azizah pula kekal menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR sejak 16 tahun lalu.

Sementara jawatan ketua umum PKR yang dipegang Anwar tidak dipertandingkan dalam Pemilihan PKR.

Dr Wan Azizah juga dicalonkan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru. – 24 Ogos, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget